Bagi kita yang sering menggunakan lebuh raya, antara perkara yang ditakutkan mesti haiwan yang tiba-tiba ‘melintas’. Bukan itu sahaja, lebih teruk keadaannya jika kita terlanggar mereka.
Selain kelibat haiwan yang besar seperti lembu, anjing, biawak dan sebagainya, jangan ingat tiada haiwan kecil yang cuba ‘menggunakan’ jalan raya.
Seperti yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Muhammad Raida, di mana seekor kura-kura cuba menyeberangi lebuh raya ketika kereta sedang banyak dan laju.
Raida atau lebih mesra disapa Joe, 36, menjelaskan video itu dirakam ketika menunggang motosikal dari Perak ke Pulau Pinang untuk membeli kereta baharu.
“Sebenarnya ada kisah sedih sebelum kejadian tu, saya baru lepas jual kereta kesayangan untuk kelangsungan hidup.“Sedih sangat, kereta tu dah sebati dengan saya. Jadi hari tu saya nak pergi ke Pulau Pinang untuk cari kereta yang murah-murah.
“Sambil tengah melayan perasaan, dari jauh saya nampak kura-kura tu,” katanya.
Menurut Joe, dia memberhentikan motosikalnya untuk menyelamatkan kura-kura tersebut.
“Saya terus berhenti dan turun. Saya angkat kura-kura tu dan bawa ke longkang dekat tepi tu. Dia mesti datang dari situ.
“Dalam video tu nampak saya baling kura-kura tu ke bawah. Bukan sengaja tapi memang tak ada pilihan, lereng itu curam sebenarnya.
“Nanti kura-kura dekat atas, saya yang dekat bawah. Lagi teruk nanti jadi. Berat saya 90 kilogram, siapa nak tolong angkat. Itu yang saya lepaskan je.
“Tapi bila lepas macam salah landing pula, itu kura-kura tu bergolek tetapi yang penting dia selamat,” kata Joe.
Tambahnya, jika bukan dia yang menyelamatkan kura-kura tersebut, pasti haiwan reptilia itu sudah dilanggar oleh kenderaan lain.
“Kura-kura tu nak merangkak naik dari longkang ke jalan pun mungkin makan masa dua minggu, cuba fikir macam mana dia nak lintas jalan tu,” selorohnya.
Selain itu, Joe berpegang pada nasihat ayahnya mengenai kura-kura.
“Pesan bapa saya, kalau nampak kura-kura dekat jalan, kena berhenti dan tolong dia.
“Sebab dah nampak dia dan kalau dia kena langgar, dia akan datang cari kita.
“Sebab tu sampai sekarang kalau saya nampak kura-kura, memang saya tolong,” katanya.
Di ruangan komen, netizen terhibur melihat ending kura-kura itu yang tergolek ke longkang akibat dicampak Joe. Malah mereka juga sempat berseloroh sesama sendiri.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“: aku nak sampai atas pun berejam-jam bang senang je tergolek kan saya mcm tu je ”
“”Doakan aku murah rezeki ye” last² dicampaknya kawan tu ghisau dia doa lain je tu ”
“HAHAHAHAHAAH OKAY KOT , ABANG DAH REQUEST DOA AU ASAAL BALING BALING HAHAHAHAHAHAAHHA PECAH”
“gigih dia manjat bukit, sudahnya tergolek kat bawah hehehe”
“ be like : ” aduh bang , klau nk tolong letak lah elok² “.”
“tergolek pulak BAHAHAHAHAH”
Video yang tular di laman TikTok
@joeribut807_kura2kura2 lintas jalan..♬ original sound – JOE_Ribut® – JOE_Ribut KuR@2
The post “Tergolek pulak” Cara Pemuda Selamatkan Kura-kura Atas Highway Bikin Ramai Dekah, Sempat ‘Request’ Doa Murahkan Rezeki appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/dcPomLM
via IFTTT
0 Response to "“Tergolek pulak” Cara Pemuda Selamatkan Kura-kura Atas Highway Bikin Ramai Dekah, Sempat ‘Request’ Doa Murahkan Rezeki"
Post a Comment