Minta Kucai Dapat Po Chai, Isteri Gelak Sakan Suami ‘Confident’ Beli Bahan Salah!

Tengah seronok nak masak, tiba-tiba ada sahaja barang dapur yang diperlukan tiada di dapur. Kebiasaannya ahli keluarga lain misalnya si suami yang akan diminta untuk membelikan bahan-bahan tersebut di kedai yang berhampiran.

Iospital phone repair gombak

Akan tetapi, tidak semua lelaki tahu akan rupa bahan yang diminta itu seterusnya tersilap pula membeli bahan lain.

Begitu juga dengan kisah kali ini di mana seorang wanita menyatakan bahawa dia telah kehabisan bahan daun kucai untuk masakannya.

Oleh itu, dia meminta bantuan suaminya untuk membelikan bahan tersebut.

Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh wanita itu menggunakan akaun @norrasiemah, si suami menghulurkan ‘bahan’ tersebut.

Namun apa yang dia dapat bukanlah kucai, tapi po chai atau nama lainnya pil chi-kit teck aun yang digunakan untuk merawat sakit perut.

Wanita itu tak terdaya untuk memarahi suaminya, malah hanya mampu tergelak sahaja melihat suaminya dengan yakin memberikan bahan yang kononnya diminta oleh wanita itu.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata warganet tumpang terhibur sekali melihat gelagat suami isteri itu dengan menyatakan bahawa bunyi kedua-dua perkataan itu pun seakan sama.

Ada juga netizen yang memberikan tips jika ingin para lelaki bantu membelikan baranngan, tolong berikan gambar sekali iuntuk lebih tepat dan ada yang berseloroh campur sahaja po chai boleh dijadikan resipi masakan baru.

Tidak lupa, ada warganet yang berkongsikan pengalaman yang sama dengan ahli keluarga mereka.

Antara komen netizen:

“bunyi pun sama kak…😅😂😂

“aku pernah habaq. kalau hantar lelaki beli barang, hantar gambar barang sekali 😂😂😂

“Hahahaha 😂😂agak2 klau campur mee apa rasanya ya 😅😅

“aku suruh adik aku beli daun salad utk nasi ayam..dia bawak balik sunlight 😌 mukin dia nak ak siram ats nasi aym sunlight tu”

😂😂😂sama mcm adik kite,suruh beli pulut,nk buat pulut kuning,gasak ckp kat kedai x de jual pulut kuning.masakkk”

Video yang tular:

@norasiemah hahahahahhahaah peningg kepalaaa #berandatiktok #fypp #bangsajohor #fypシ゚viral #fyp ♬ suara asli 🌹❤ Dwi N 🇮🇩🌹

The post Minta Kucai Dapat Po Chai, Isteri Gelak Sakan Suami ‘Confident’ Beli Bahan Salah! appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/890Boi4
via IFTTT
loading...

0 Response to "Minta Kucai Dapat Po Chai, Isteri Gelak Sakan Suami ‘Confident’ Beli Bahan Salah!"

Post a Comment