Siapa sahaja yang tidak mengidamkan sebuah perkahwinan yang bahagia di sisi keluarga tercinta bukan?
Terdahulu Intan Liana Salleh, seorang pempengaruh media sosial yang juga merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anaknya telah mendirikan rumahtangga bersama dengan seorang jejaka yang bernama Aizam Yahya pada 21 Disember tahun lalu.
Kini, pasangan dua sejoli itu semakin bahagia dengan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada awal September tahun ini.
Difahamkan, pempengaruh media sosial ini sering memuat naik klip-klip video comel meluangkan masa dengan keluarganya terutamanya dalam laman TikTok.
Baru-baru ini pula, tular satu video yang memaparkan Intan Salleh sedang memegang anak lelakinya sambil disuap makanan oleh suaminya.
Ternyata video TikTok yang tular itu membuatkan orang ramai berasa tumpang gembira dan bersyukur apabila pempengaruh media sosial ini bahagia bersama dengan suaminya.
Ada yang bersyukur dengan kebahagiaan yang diperoleh Intan Salleh dengan menyatakan bahawa sebelum Intan Salleh berkahwin, dia terkapai-kapai ditinggalkan suami dengan membesarkan anak seorang sendiri.
Akan tetapi, kini Tuhan berikan rezeki yang sangat luas kepadanya.
“teringat dulu.. dia.. terkapa kapa.. ditinggalkan suami dgn anak anak… tapi tuhan sgt syg dia.. tuhan bagi rezeki luass….. ” kata salah seorang netizen.
Jawab Intan Salleh, “Alhamdulillah…. Tuhan uji sbb tuhan tau kita mampu.. sakit susah payah dpt diharungi.. kita je yg tau”.
Sekadar info, video TikTok yang tular itu kini telah mencapai sebanyak 448k tontonan, 20.4k suka, dan 452 komen.
Menjengah di ruangan komen, warga netizen meluahkan bahawa kita akan diberikan perkara yang baik-baik apabila telah mengharungi pelbagai cabaran dan ujian serta mendoakan agar pasangan itu sentiasa bahagia dann berkekalan.
Antara komen netizen:
“Selepas hujan pelangi muncul. sebaik2 org yg sabar.”
“jge la.dia sebaik baiknya…krn hatinya pernah hancur suatu ketika dulu…”
“indah aturan Allah…….. moga rumah tangga bahagia sampai Syurga yea.alhamdulillah bertemu lelaki yg ikhlas Dan jauh lebih baik subhana Allah….”
“Sebak gembira ! Allah itu Maha Adil . Adil mempertemukan pasangan yg paling2 terbaik setelah banyak bersabar dgn Ujian hidup! Tahniah wanita Hebat!”
Video yang tular:
@intanroxssaleh Indahnya kalau ada yang memahami.. kita lapooo die suap hiks!
The post “Selepas hujan pelangi muncul” Intan Salleh Tampak Bahagia Disuap Makan Suami Curi Perhatian Netizen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/y7E9SQm
via IFTTT
0 Response to "“Selepas hujan pelangi muncul” Intan Salleh Tampak Bahagia Disuap Makan Suami Curi Perhatian Netizen"
Post a Comment