Saat yang dinanti-nati telah tiba. Piala Dunia Fifa pada tahun ini memang unik kerana buat pertama kalinya diadakan di negara Islam iaitu Qatar sebagai tuan rumah. Perlawanan antara 32 buah negara yang terlibat dijadualkan akan bermula pada 21 November sehingga 18 Disember 2022.
Haa memang tak tidur malam la korang. Lagi-lagi yang lelaki. Makan bola, tidur bola, semuanya bola. Tapi tak apa la kan? Bukan setiap tahun ada Piala Dunia Fifa. Empat tahun sekali je.
Terbaharu, tular beberapa keping gambar yang mencipta sejarah di mana ratusan peminat bola termasuk pemain dan pegawai yang terlibat dengan penganjuran Piala Dunia telah menunaikan Solat Jumaat di perkarangan Stadium Ahmed bin Ali Stadium dan Stadium Al-Thamma.
Gambar dan video yang merakam detik-detik berkenaan telah dikongsikan oleh orang ramai di seluruh media sosial secara tidak langsung mencuri tumpuan dunia dan ramai menyifatkan ia sebagai satu peristiwa bersejarah.
Menerusi satu video di Twitter, dapat dilihat umat Islam berkumpul di perkarangan luar stadium sambil menunggu masuknya waktu Solat Jumaat. Jemaah juga memenuhi ruang-ruang padang berdekatan stadium.
Di tempat lain pula, khutbah Jumaat telah disampaikan dalam bahasa Inggeris di hadapan Stadium Ahmed Bin Ali, iaitu lokasi perlawanan antara Iran dan Wales.
Antara isi yang terkandung dalam khutbah Jumaat kali ini adalah seperti menghormati ibu bapa, kebajikan wanita dan memelihara hak pekerja.
“Saya telah datang ke negara Islam untuk menghadiri Solat Jumaat. Ini membuatkan saya sangat gembira semasa berada dalam perlawanan ini,” kata seorang peminat yang berasal daripada Maghribi.
Qatar mencipta sejarah menjadi negara Islam pertama yang diberikan hak untuk menganjurkan temasya teragung dunia bola sepak itu. Dalam pada itu, Qatar turut mencuri tumpuan apabila memperkenalkan beberapa peraturan yang dianggap melanggar tradisi Piala Dunia, antaranya mengharamkan penjualan minuman beralkohol di sekitar stadium.
Video yang tular di laman Twitter
الحمدلله ..
اللهم تقبل منا ومنهم صالح الاعمال pic.twitter.com/aHpkA3G3us— حسن الساعي (@Hassan_alsai) November 25, 2022
Outside Al thumama stadium in Qatar today for the congregational Friday prayer. Islam is indeed beautiful. I have every reason to be proud because I am a Muslim. @kiramjoho @khalidjoho @Asmali77 what do you make of that opulent kind of environment? pic.twitter.com/TXHce5sOwg
— Nasirmagan (@nasirmagan) November 25, 2022
The post Qatar Berjaya Cipta Sejarah, Solat Jumaat Pertama Diadakan di Piala Dunia FIFA appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/6nOpPkc
via IFTTT
0 Response to "Qatar Berjaya Cipta Sejarah, Solat Jumaat Pertama Diadakan di Piala Dunia FIFA"
Post a Comment