Dari dulu lagi Malaysia sudah terkenal dengan membawa makanan ke sambutan perayaan mahupun majlis istimewa yang diadakan tak kira di tempat kerja mahupun sekolah.
Tujuannya adalah untuk bertukar-tukar juadah dan memberikan peluang kepada orang lain untuk merasakan makanan yang mungkin belum pernah dimakan.
Namun, lain pula yang terjadi kepada puteri wanita yang bernama Puan Aina, apabila anaknya pulang dari sekolah sambil menangis kesedihan, membuatkan netizen ikut sebak.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, puncanya kerana rakan-rakan anaknya itu enggan menyentuh buah-buahan yang dibawa untuk sambutan Hari Kanak-kanak.
Bagaimanapun, menurut Puan Aina, dia sebenarnya dari awal lagi mencadangkan kepada anaknya, Hannah membawa piza namun Hannah bertegas memilih untuk membawa buah kerana ia lebih sihat berbanding makanan ringan.
Meskipun Hannah dalam keadaan yang sedih, Puan Aina tenang memujuk anaknya dan membiarkan Hannah untuk melepaskan segala kesedihan daripada dipendam sendirian.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata ikut sedih melihat si cilik ini menangis kerana turut pernah merasakan pengalaman yang sama ketika kecil dahulu.
Dalam pada itu, wanita ini juga dipuji kerana berjaya melatih anaknya tentang amalan pemakanan yang sihat sejak kecil selain memujuk anaknya dan berkata tidak apa untuk menangis dan bersedih.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Eeee kita dulu pun sama sedih kawan2 tak habiskan mknn emak kita sediakan masa jamuan tp fhm sbb byk sgt mknn kan itsokay hannah um”
“Pernah berada di posisi hannah dulu. I sampai nangis call my mom guna public phone seblum balik & cakap bihun goreng tak habis, i sedih sangat ”
“Bagusnyaa sampai nangis kecewa . Goodjob amma train healthy food dari kecik .”
“Sokay kiddo, u tried ur best, ur friends would later come an age of realization that fruits are really amazing not only in taste but also for the body”
Video yang tular di laman TikTok
@ainareduzanValidating your children feelings . That’s fine if you feel sad, we all feels sad sometimes♬ Here With Me – d4vd
The post Kanak2 Perempuan Sedih Gara2 Buah Yang Dibawanya Ke Majlis Sekolah Tak Disentuh Rakan appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/JTfCuWS
via IFTTT
0 Response to "Kanak2 Perempuan Sedih Gara2 Buah Yang Dibawanya Ke Majlis Sekolah Tak Disentuh Rakan"
Post a Comment