Bila sebut sahaja nama Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, pasti kita akan terngiang sikapnya yang sangat menitik beratkan keluarga dan mengutamakan ibunya dalam apa jua keadaan.
Terdahulu, pernah tular dimana Chef Selebriti ini menolak tawaran untuk menjadi hos bagi beberapa buah program television berkaitan kulinari dan travelogue kerana lebih mementingkan kesihatan ibunya.
Terbaru, Chef Wan turut mendedahkan dia membayar hampir RM6,000 sebulan bagi mengupah jururawat yang menjaga ibunya Noraini Abdullah di rumah pada waktu siang.
Memetik laporan Astro Gempak, jururawat berpengalaman itu memikul tanggungjawab menjaga keperluan harian dan ubat-ubatan untuk ibunya yang menghidap demensia.
“Ibu bersama jururawat dimensia atau kejururawatan kanser. Orang dari Sabah yang bekerja selama 4 tahun sebelum ini di rumah jagaan dan menjaga pesakit yang tenat.”
“Ejen mereka mengenakan bayaran RM180 sehari dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Sebulan lebih kurang RM5800 ke lebih dengan OT (kerja lebih masa).”
“Biar la mereka bermesra dahulu sesama mereka ketika my mom is still sihat sedikit. Apabila tiba masanya dia boleh menanganinya dengan baik.”
“Buat masa ini hanya waktu siang sahaja kerana pada waktu petang ada saya dan pembantu rumah saya masih ada untuk mengendalikannya.”
“Saya berasa selesa bila ibu mendapat bantuan professional untuk mandikan dia, menukar lampin, memberinya sarapan…”
“…bagi ubat-ubatan dan sedikit senaman serta memastikan dia juga tidur siang dan petang,” tulis chef berusia 64 tahun itu.
Pada masa sama, Chef Wan juga ‘menahan’ daripada membeli barangan jenama mewah asalkan ibunya yang mesra dipanggil Cik Ani itu mendapat penjagaan sebaiknya.
“Banyak bezanya bagi maid dan profesional nurse yang tahu handle dementia and cancer patient ni. Tak apa la duit boleh cari ibu ada la segala-galanya.”
“U must always try to give her the best possible care so that she is happy and in comfort. Tak payah la beli kasut Gucci or Bag Prada lagi.”
“Sedekahkan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri. Itu la ada pengorbanan kita serta pahala kebajikan kita untuk akhirat nanti,” katanya lagi.
Perkongsian yang tular:
View this post on Instagram
The post Tahan Diri Beli Barang Mahal, Chef Wan Kini Upah Jururawat RM6000 Sebulan Untuk Ibu appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/hcj1mlK
via IFTTT
0 Response to "Tahan Diri Beli Barang Mahal, Chef Wan Kini Upah Jururawat RM6000 Sebulan Untuk Ibu"
Post a Comment