Dapat Adik Selepas 4 Tahun, Reaksi Budak Menangis Cium Bayi Buat Netizen Tersentuh

Bila menjadi anak sulung, pastinya mereka akan berharap untuk mendapatkan adik bagi menjadi peneman dan kawan untuk bermain. Jadi tidak hairanlah ramai yang akan teruja bila mengetahui akan ada ahli baru dalam keluarga dan mereka akan menjadi abang ataupun kakak kepada adik yang bakal dilahirkan.
Iospital phone repair gombak
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki menangis selepas melihat adiknya baru lahir buat pertama kali telah menyentuh hati ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @haziqdsubhi, dapat kita lihat mereka sekeluarga sedang mengambil udara segar di depan halaman rumah.

Difahamkan, anak sulung pasangan ini melihat adiknya buat kali pertama setelah dilahirkan dan apa yang mencuri perhatian ramai adalah budak lelaki tersebut tiba-tiba menangis sambil memegang muka adiknya itu.

Selepas itu, dia memeluk ayahnya pula. Rupa-rupanya, dia berasa sebak kerana setelah empat tahun, akhirnya dia mendapat adik dan seolah-olah masih tidak mempercayainya.

Lebih mengharukan apabila dia berterima kasih kepada ayahnya kerana telah menjaga ibu dan adiknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat reaksi spontan budak lelaki itu bahkan mneyifatkan dia seorang yang lembut hatinya.

“Lembut hati si abang ni, saya pun gugur air mata” – Warganet

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar kasih sayang yang terbina itu kekal sehingga hujung nyawa dan dia dapat menjadi abang yang baik buat adik-adiknya.

Antara komen wargamaya:

“Lembut nya hati dia.. comel je”

“Allahu, jadi abang yang protect adik okay”

“Ni jangan usik adik dia, habis la kena marah nanti”

“Comel abangnya ada kawan nanti”

“Semoga awak jadi abang yang boleh membimbing adik awak di dunia dan akhirat”

“Didikan yang sempurna.. semoga jadi anak yang soleh cemerlang dunia akhirat ye nak..”

“Kuatnya rasa kasih sayang dia pada adik dia…”


Video yang tular di laman TikTok:

@haziqdsubhi My eldest son, upon 1st time seeing his lovely newborn sister. All 101 inquiries are now answered 🤣 #adikbaru #adikberadik #newborn #newbornbaby #newbornbabies #siblings #anakmak #livelife ♬ Buah Hati – Armada

The post Dapat Adik Selepas 4 Tahun, Reaksi Budak Menangis Cium Bayi Buat Netizen Tersentuh appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/AXpFPJj
via IFTTT
loading...

0 Response to "Dapat Adik Selepas 4 Tahun, Reaksi Budak Menangis Cium Bayi Buat Netizen Tersentuh"

Post a Comment