Menjadi ibu bapa bukanlah satu perkara yang mudah bahkan tanggungjawab yang dipikul sangat besar apatah lagi bila melibatkan kesihatan anak-anak.
Tidak cukup dengan itu, ibu bapa juga perlu mempunyai ilmu sebelum menimang cahaya mata contohnya daripada segi pemakanan, didikan dan keselamatan bayi.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana cara marketing seorang seller buat ramai berang!
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @SyedAkramin, dapat kita lihat lelaki ini menegur sikap penjual yang melakukan marketing tidak tidak berasas mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, penjual tersebut memuat naik satu gambar dimana mendakwa bahawa seorang bapa telah ditugaskan untuk memberi bayi kembarnya menyusu botol namun telah menggunakan cara yang ‘kreatif’ kononnya bagi tujuan memudahkan cara.
Si bapa itu didapati telah menggunakan pemegang telefon yang diubahsuai dengan botol susu serta disangkut di kepala katil.
Dapat kita lihat dua bayi diletakkan di atas bantal sambil minum susu yang digantung pada phone holder.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap ayah kepada dua bayi tersebut yang sambil lewa tentang keselamatan anak-anak sekaligus geram dengan tindakan peniaga yang menggunakan situasi tersebut untuk menjual barangannya.
“Ya Allah, tengok terus rasa nak marah. Tolong la sensitif, cakna ada perikemanusiaan sikit. Boleh tersedak baby tu.”- Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga akui bayi berisiko mengalami situasi tersedak susu dan boleh menyumbang kepada sesak nafas dan kematian.
Antara komen warga maya:
Boleh mati ek budak buatnya susu laju masuk mulut tersedak. Aduik
— ℎ (@emptashy) October 28, 2022
Ingat bela anak mcm lembu la tu
— ᴅʏ (@xIuxyferx) October 28, 2022
Ni bukan manfaat kan teknologi. Ni manfaatkan kebodohan yang terserlah lagi menyerlah yang menyerah pantang mundur kecuali operasi. Bodoh!
— Remy Etienne LeBeau (@fiktido) October 28, 2022
Dia taktahu ke baby boleh tersedak susu and punca kematian? Betul lah pandai buat anak je bagi susu malas
— hasnolamri (@itsmeamre) October 28, 2022
Perkongsian yang tular di laman Twitter:
Nak berniaga pun, bukan begini caranya. Silap hari bulan, bayi boleh mati tersedak susu. Jangan rajin buat anak sahaja tapi malas nak beri susu. pic.twitter.com/QIIS587Avw
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) October 28, 2022
The post “Ini bukan kreatif, ni bodoh!” Ubahsuai Phone Holder Bagi Bayi Menyusu Botol, Idea Merapu Seller Buat Ramai Berang! appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/SLNKMU5
via IFTTT
0 Response to "“Ini bukan kreatif, ni bodoh!” Ubahsuai Phone Holder Bagi Bayi Menyusu Botol, Idea Merapu Seller Buat Ramai Berang!"
Post a Comment