Penat Sampai Berpeluh, Isteri Cabar Suami Jadi ‘Ibu Mengandung’ Guna Tembikai Buat Ramai Terhibur

Menjadi ibu hamil bukanlah satu perkara yang mudah, bukan sahaja membawa satu lagi nyawa di dalam badan, malah mereka juga terbatas untuk melakukan sesetengah perkara dan membuatkan mereka cepat penat jika melakukan sebarang aktiviti.
Iospital phone repair gombak
Contohnya seperti memakai kasut ketika sedang sarat, tidur meniarap dan sebagainya. Pastinya, pengorbanan mereka tidak ternilai dengan apa pun.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu m mencabar suaminya untuk merasa menjadi ibu mengandung telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @amyyusuff, dapat kita lihat buah tembikai diletakkan pada perut suaminya dan dibalut dengan bantuan anak-anak.

Sebaik saja memakainya, si isteri terus menyuruh suaminya melakukan perkara-perkara yang selalu dilakukannya seperti duduk dan bangun, memakai stokin dan baring.

Namun apa yang lebih meraih tumpuan adalah lelaki tersebut akui perkara itu sememangnya tidak mudah bahkan dia kelihatan penat serta berpeluh melakukannya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat suaminya yang sangat ‘struggle’ melakukan aktiviti seharian dengan buah tembikai di perut malah ada juga ibu-ibu yang berkongsi pengalaman mereka sepanjang hamil.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berpesan agar sentiasa menghargai pengorbanan seorang ibu kerana ianya tiada tandingan.

Antara komen warga maya:

“Belum rasa mual muntah pening.. mabuk.. sakit pinggang.. cramp..”

“Comel je laki dia melayan.. suruh dia lepas berak nak cebok tu..”

“Ni sehari je pakai.. tak adil..”


Video yang tular di laman TikTok:

@amyyusuff baru dia tahuuu🤭😌🤣ni baru sekejap.. sikit je.. belum lagi kaki cramp lenguh semua, 9 bulan, suami please sayangi isteri anda ❤ #watermelonpregnancy #bumil #fyp #pregnancy #hamil #watermelonchallenge #watermelonpregnancychallenge #malaysia ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

The post Penat Sampai Berpeluh, Isteri Cabar Suami Jadi ‘Ibu Mengandung’ Guna Tembikai Buat Ramai Terhibur appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/WbpkMm9
via IFTTT
loading...

0 Response to "Penat Sampai Berpeluh, Isteri Cabar Suami Jadi ‘Ibu Mengandung’ Guna Tembikai Buat Ramai Terhibur"

Post a Comment