Menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan seperti GrabFood dan Foodpanda kadang kala pasti akan timbul isu salah faham. Mana taknya, cuma berhubung melalui telefon sahaja.
Selain pelanggan, penghantar makanan pun perlu cekap dan faham apa yang ingin disampaikan oleh pelanggan. Ya lah, kesabaran orang yang tengah lapar ni jangan dibuat main. Lain pula jadinya nanti.
Lebih kurang sama seperti kisah yang bakal dikongsikan ini apabila tular satu video di TikTok yang memaparkan perbualan antara pelanggan Foodpanda dan rider, pemilik video ini sendiri.
Lelaki yang dikenali sebagai Ryan Syah telah menghiburkan hati ramai dengan perbualan miscommunication nya bersama seorang pelanggan perempuan.
Pelanggan: Flat block I nombor rumah 0107 ya.
Rider: I tak tahu blok you apa.
Pelanggan: Block I
Rider: Hmmm main-main, cakap je lah blok apa.
Pelanggan: Laaa kan dah cakap block (I).
Demikian perbualan Ryan dengan pelanggan berkenaan. Rupa-rupanya, dia tertukar maksud diantara huruf “i” yang membawa maksud berlainan.
Walaupun video ini baru saja dikongsi, ianya telah berjaya mencapai jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta manakala mendapat 124.3 ribu tanda suka!
Meneropong ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan komen ketawa terbahak-bahak. Malah mereka turut mengatakan lelaki tersebut kelakar kerana sempat berseloroh dengan pelanggan yang sedang lapar.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“memberr dah la lapo menunggu makanan Hahahahahaha”
“yang kelakar sekarang kau bang bukan dia ”
“Abg xsalah.. “i” yg salah ”
“hahahhaha sapa yg kelakar skrang ni ”
“weih dia cam kelakar plus malu HAHAHAHAHAHA”
Video yang tular di laman TikTok
@_itsyah harap onwer tk notis #fyp #foryoupage ♬ original sound – Ryan Syah
The post “Abang tak salah.. “i” yang salah” Rider Foodpanda Kongsi Perbualan Salah Faham Dengan Pelanggan Buat Netizen Berdekah appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/qhyNH7B
via IFTTT
0 Response to "“Abang tak salah.. “i” yang salah” Rider Foodpanda Kongsi Perbualan Salah Faham Dengan Pelanggan Buat Netizen Berdekah"
Post a Comment