Netizen Terhibur Lihat Gelagat Budak Lelaki Eja Minion Bunyi Sengau

Kanak-kanak yang baru ingin belajar mengeja sering mengundang dekah ibu bapa. Kadang-kadang cara sebutan mereka sudah betul, cara mengeja pula yang kelakar.

Iospital phone repair gombak

Biasalah budak-budak. Walau bagaimanapun, ibu bapa jangan cepat give up okey mengajar anak-anak mengeja? Tetaplah mengajar mereka walaupun masih merangkak-rangkak menggunakan abjad.

Seperti yang tular baru-baru ini di TikTok, aksi seorang kanak-kanak lelaki yang mengenakan baju t berwarna putih telah mengundang dekah ramai.

Dia diminta oleh ayahnya untuk mengeja kartun kuning terkenal, Minion namun caranya mengeja pula kelakar! Pada mulanya memang kedengaran betul, namun lama kelamaan suaranya bertukar sengau.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bb.juancho, kanak-kanak itu selamba menyebut “em-ho-he-ho-he-ho-heh! minion!”, menyebabkan ramai yang terbahak-bahak di ruangan komen!

Sejak video si comel ini dikongsikan di TikTok minggu lalu, jumlah tontonannya berjaya mencecah sehingga 21.6 juta serta mendapat 2.7 juta tanda suka!

Meneropong ke ruangan komen, netizen berseloroh dengan meniru semula cara kanak-kanak lelaki tersebut mengeja! Rata-ratanya terhibur melihat gelagat kanak-kanak berkenaan apabila diminta mengeja oleh bapanya selain memuji kecomelannya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“yes that’s exactly how you spell it 👏👏👏

“”spell minion” m ho he ho he ho he -minion”

“lil bro used minion’s alphabet”

“Oxford Dictionary is so outdated right now 😝💅🏽

“HAHAHAHAHAHA APANI COMEL SANGATT 😭😭

Video yang tular di laman TikTok

@bb.juancho spell minion? #fyp ♬ Spell minion – Juancho Andres Tigno

The post Netizen Terhibur Lihat Gelagat Budak Lelaki Eja Minion Bunyi Sengau appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/SATUmIN
via IFTTT
loading...

0 Response to "Netizen Terhibur Lihat Gelagat Budak Lelaki Eja Minion Bunyi Sengau"

Post a Comment