Lepak Dengan ‘Member’ Bekas Tempat Kerja, Sikap ‘Humble’ Nabil Ahmad Raih Pujian Ramai

Tidak dinafikan, seorang pelawak, pengacara, pelakon dan penyampai radio terkenal Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad ini sememangnya cukup popular dalam dunia hiburan. Gelagatnya sebagai pengacara sememangnya membuatkan ramai tidak jemu melihatnya apatah lagi menerusi rancangan Meletop dan Gegar Vaganza.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, Nabil Ahmad telah mencuri tumpuan warganet apabila tular sebuah video di laman TikTok yang memaparkan dirinya dirakam oleh seorang individu di sebuah kedai makan.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @paanaerox, menunjukkan Nabil Ahmad yang dilihat seronok berbual dan bergelak ketawa bersama beberapa individu serta suami kepada Sharifah Shahirah iaitu Ijoy.

“Ape yang kau tengok dalam TV macam tu la Nabil depan depan…” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam rakaman tersebut, pemilik akaun ni turut mengatakan kedai makan yang di lepak oleh mereka adalah merupakan bekas tempat kerjanya sebelum bekerja sebagai despatch.

Walau bagaimanapun, perkongsian ini mendapat perhatian warga maya kerana sikap peramah dan tidak sombong pengacara Gegar Vaganza itu. Malah pengguna TikTok ini juga menyifatkan personaliti Nabil Ahmad yang dilhat di kaca televisyen juga sama apabila dia berada di luar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian kepada Nabil Ahmad dengan gelagat ‘sempoi’ nya. Bukan itu sahaja, ada juga yang sempat berkongsikan pengalaman apabila berjumpa pelawak ini dan mengatakan sememangnya dia sangat humble dari dahulu sehingga sekarang.

Antara komen warga maya:

“pernah jumpa dia masa jadi host event raya office saya…humble dan memang lawak…bagus-bagus dia anak-anak staff dibagi duit raya…”

“sama je ek perangai Nabil…”


“saya dari awal memang support Nabil…sampai sekarang dia tetap humble kan…tak lupa diri…”


“suka tengok dia buat stand-up comedy sebab dia guna cerita-cerita dia sendiri je…sama macam sepahtu yang original dulu…berkisarkan kisah kat kampung diorang je…”


Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@paanaerox Ape yg kau tgk dlm tv cmtu la Nabil dpn2.. #fyp #fypシ #fypage #tiktokmalaysia #nabilahmad ♬ original sound – Paan Abd Ghani

The post Lepak Dengan ‘Member’ Bekas Tempat Kerja, Sikap ‘Humble’ Nabil Ahmad Raih Pujian Ramai appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/swabn7o
via IFTTT
loading...

0 Response to "Lepak Dengan ‘Member’ Bekas Tempat Kerja, Sikap ‘Humble’ Nabil Ahmad Raih Pujian Ramai"

Post a Comment