Tidak dinafikan, setiap kali terserempak dengan sekatan jalan raya, pasti kita akan terus berasa cuak dan bimbang disaman atas kesalahan lalu lintas.
Terkadang, kita yakin diri sudah lengkap seperti mempunyai lesen, cukai jalan dan sebagainya namun entah mengapa, jantung tetap berdegup laju.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang menunggang motorsikal berhenti di tepi kerana menyangka ada sekatan jalan raya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @zainy_hazmat01, dapat kita lihat wanita berkenaan memberhentikan motosikalnya di tepi jalan kerana menyangka sekumpulan ‘abang bomba’ sedang melakukan sekatan jalan raya.
Lebih melucukan adalah, gelagatnya itu membuatkan orang sekeliling tertawa kerana dia tersalah sangka.
Dek kerana malu dengan kejadian tersebut, wanita berkenaan segera memecut laju motosikalnya meninggalkan tempat itu.
Kalau dilihat pada riak wajah dah telatahnya, mungkin dia dalam keadaan tergesa-gesa sehingga tidak dapat bezakan JPJ dan bomba.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga terhibur melihat wanita itu yang selamba berhenti kerana menyangka ada sekatan jalan raya.
“First time dengar bomba buat roadblock” -Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan bagaimana dia boleh terfikir bomba buat sekatan jalan raya..
Antara komen warga maya:
“Nampak polis patah balik, nampak abam bomba auto nyerah”
“Macam mana dia boleh terfikir bomba buat roadblock.. hahaha bomba nak check apa je.. motor tak ada pemadam api?”
“Bomba kalau buat roadblock kita kene keluarkan apa weyy, lipas ke?”
Video yang tular di laman TikTok:
@zainy_hazmat01 tudia….merata ronda aihh video ni haha. #fireman #fyp #abangbombailove ♬ original sound – zainyhazmat01
The post “Malunyaaaa..” Ingatkan Ada Roadblock Rupanya Abang Bomba, Gelagat Wanita Berhenti Ini Undang Dekah Ramai! appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/hmv8H4q
via IFTTT
0 Response to "“Malunyaaaa..” Ingatkan Ada Roadblock Rupanya Abang Bomba, Gelagat Wanita Berhenti Ini Undang Dekah Ramai!"
Post a Comment