Tidak dinafikan, kehadiran cahaya mata sememangnya melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga bahkan memberi keceriaan kepada pasangan suami isteri.
Manakan tidak, ada sahaja telatah lucu yang hendak mereka lakukan untuk menghiburkan hari-hari kita. Mudah kata, boleh hilang penat kerja seharian melayan karenah mereka.
Seperti yang kita tahu, ada sahaja yang akan dilakukan jika anak-anak berada di dalam jagaan bapa malah terkadang tidak tercapai dek akal gelagat mereka.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat dua beranak ini nyata membuatkan ramai terhibur.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ummadafi, kelihatan lelaki itu sedang memegang kepala anaknya dari arah belakang persis seperti aksi ustaz meruqyah orang dirasuk.
Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah budak lelaki tersebut seolah-olah faham dengan situasi itu dan terus menjiwai watak dimana dia hanya duduk kaku.
Mulut ayahnya pula dilihat terkumat-kamit membacakan sesuatu malah turut bersama-sama berlakon dengan anaknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan ketawa melihat reaksi comel si anak yang melayan sahaja telatah bapanya.
Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan bayi ini bijak memberikan kerjasama apatah lagi bila mulut ayahnya terkumat kamit membaca ayat.
Tidak cukup dengan itu, netizen turut akui jika para lelaki yang menjaga budak kecil, pasti pelbagai aktiviti yang hendak dilakukan membuatkan kita tidak kering gusi melihatnya.
Antara komen warga maya:
“Comel layan bapak nya”
“Ekspresi mukanya hahahahaha”
“Kerjasama yang baik”
“Rasa macam nak ada anak tapi calon mama nya belum ada..”
Video yang tular di laman TikTok:
@ummadafiEmang dasar bapak nya ♬ Be With You Remix – sayakhoko
The post “Menjiwai watak” Pura-Pura Kaku Diruqyah, Gelagat Bayi Ini Buat Ramai Terhibur appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/XsvPxpN
via IFTTT
0 Response to "“Menjiwai watak” Pura-Pura Kaku Diruqyah, Gelagat Bayi Ini Buat Ramai Terhibur"
Post a Comment