Duet Lagu ‘Tak Ingin Usai’, Keisya Levronka Puji Vokal Nabila Razali

Sehingga hari ini, Lagu ‘Tak Ingan Usai’ yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia, Keisya Levronka ini sememangnya telah mencetus fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bahkan boleh dikatakan ‘viral’ di platform media sosial. Lebih-lebih lagi apabila ia turut menjadi latar belakang muzik pengguna TikTok.

Iospital phone repair gombak

Bukan itu sahaja, Keisya Levronka ini juga telah menerima penghargaan dari Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-23 (AIM23) bulan lalu untuk kategori “Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara”.

Selain daripada itu, baru-baru ini Keisya Levronka dan Nabila Razali telah menarik perhatian netizen apabila memberikan kejutan dengan versi duet ‘Tak Ingin Usai’ yang dilancarkan 7 October lalu.

Memetik sumber, projek kolaborasi ini tercetus dari video nyanyian semula lagu tersebut oleh Nabila Razali yang dimuat naik di saluran YouTube. Malah ia turut menerima respons yang positif dari peminat-peminat Malaysia dan Indonesia.

Susulan daripada itu, syarikat label rakaman mereka telah mewujudkan duet istimewa mereka serta mengambil judul baharu iaitu ‘Tak Ingin Usai (Versi Duet)’.


Sementara itu, penyanyi Indonesia ini juga meluahkan rasa teruja kerana dapat berduet bersama Nabila Razali. Menurut Keisya, Nabila memiliki suara yang cukup sesuai dengan lagu tersebut dan mempunyai kualiti vokal yang sangat baik.

“Saya rasa gembira dapat bekerjasama dengan Nabila kerana dia mempunyai kualiti vokal yang sangat baik. Saya yakin lagu ini (versi duet) akan diterima bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia malah di negara-negara lain…” katanya.

 


Ujarnya lagi, untuk memastikan lagu ini terus mendapat tempat di hati pendengar pihak penerbit telah mengekalkan konsep asal malah tidak terdapat banyak perubahan yang dilakukan. Tambahan pula, vokalnya dan Nabila sudah serasi dengan melodi yang sedia ada.

“Perubahan terhadap proses susunan lagu versi duet tidak jauh beza dengan yang asal dan masih mengekalkan alunan instrumen gitar akustik yang dominan selain melodinya yang merdu…” jelasnya.

Selain itu, Keisya mengatakan muzik video lagu berkenaan turut dirakamkan semula namun dengan konsep yang berbeza dari segi aspek visual.

“Muzik video dirakamkan di Malaysia ketika saya melakukan aktiviti promosi dan ia ada perbezaan ketara tetapi masih memberi kesan sedih yang kuat kepada penonton menerusi penggunaan ruang suram dengan cahaya lilin..” tambahnya lagi.

The post Duet Lagu ‘Tak Ingin Usai’, Keisya Levronka Puji Vokal Nabila Razali appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/xEYGCKX
via IFTTT
loading...

0 Response to "Duet Lagu ‘Tak Ingin Usai’, Keisya Levronka Puji Vokal Nabila Razali"

Post a Comment