Tipu Isteri Konon Sesat di Hutan, Rupanya Suami Pergi Ke Rumah Isteri Muda

Hati isteri mana yang tak risau kalau tiada angin tiada ribut namun tiba-tiba suami tersayang dikhabarkan hilang?

Cuba anda bayangkan jika situasi ini berlaku kepada anda? Apakah tindakan yang akan diambil? Adakah anda akan menghubungi pihak polis atau menangis di bucu katil terlebih dahulu?

Yang terjadi di negara jiran kita baru-baru ini, seorang wanita telah menerima sebuah ‘voice note’ daripada suaminya, Yana Supriatna ketika dia dalam perjalanan hendak pulang dari tempat kerja.

Di dalam ‘voice note’ itu kedengaran suaminya menangis dan berada dalam keadaan ketakutan.

Suaminya itu juga kedengaran seolah-olah berada di dalam hutan kerana terdengar bunyi cengkerik yang kuat.

Si isteri panik dan ingin membantu suaminya itu namun keberadaan dan lokasi sebenar suaminya gagal dia ketahui.

Risau akan keselamatan suami, isteri Yana Supriatna cepat-cepat menghubungi seluruh pasukan penyelamat untuk mencari suaminya. Dikatakan bukan sahaja pihak polis yang membantu mencari suaminya, bomoh juga tidak menyia-nyiakan peluang yang ada untuk menunjukkan kehebatan mereka!

Selain itu, anjing pengesan juga digunakan untuk menjejaki Yana Supriatna.

Kecoh satu negara Indonesia dibuatnya! Seluruh rakyat Indonesia sudah mengetahui tentang misi pencarian besar-besaran ini.

Sebelum hilang selama dua hari, dia sempat mengirim sebuah ‘voice note’ kepada si isteri dan memberitahu keberadaannya. Dia juga menyatakan dia sempat singgah untuk menunaikan solat Isyak.

Lokasi terakhir Yana Supriatna dikesan di kawasan jurang yang juga dikatakan berhantu. Kehilangan dirinya menjadikan buah mulut kepada masyarakat Indonesia. Sebilangan mereka mengatakan dia ‘disorok’ makhluk halus.

Ada juga yang menyangka dia sudah menjadi tebusan penjenayah namun sebaliknya pula yang terjadi!

Akhirnya di mengaku bahawa rupa-rupanya niatnya menghantar ‘voice note’ itu hanyalah prank semata-mata untuk mengenakan isterinya! Mengetahui perkara sebenar, rakyat Indonesia yang prihatin akannya kesal dengan perbuatannya itu.

Dia juga tidak menyangka gurauannya itu telah menjadi perhatian ramai netizen. Yang lebih memeranjatkan dia apabila isterinya bertindak untuk menghubungi semua pihak penyelamat untuk mengadakan sesi pencarian kehilangannya.

Pandai menggunakan helah, sebelum ini hanya motosikalnya yang rosak sahaja dijumpai ditinggalkan dan mencetuskan spekulasi. Rupanya dia telah menaiki kereta lain untuk pergi berjumpa isteri mudanya.

Setelah menyerahkan diri di balai polis dan membuat penjelasan, laporan dan kes pencarian yang dibuat ini akhirnya ditutup secara rasmi.

Video tular di Youtube:

The post Tipu Isteri Konon Sesat di Hutan, Rupanya Suami Pergi Ke Rumah Isteri Muda appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3HKNA98
via IFTTT
loading...

0 Response to "Tipu Isteri Konon Sesat di Hutan, Rupanya Suami Pergi Ke Rumah Isteri Muda"

Post a Comment