Amalan syirik memang tidak asing lagi dalam masyarakat kita lebih-lebih lagi sering dikaitkan dengan sesetengah orang Melayu.
Syirik sering digunakan oleh mereka yang dengki ataupun berdendam dengan seseorang yang mereka tidak suka.
Orang sebegini sanggup melakukan apa sahaja demi dendamnya sehingga mangsa yang terkena buatan syirik merana menanggung kesakitan.
Seperti yang berlaku kepada seorang pemuda yang menggunakan nama samaran Are Fiq, dia telah berkongsi di Facebook miliknya tentang dirinya dan keluarga terkena buatan khianat namun tidak pasti siapakah dalang di sebalik perkara tersebut.
Dia berpesan di dalam postingnya itu agar orang ramai tidak terburu-buru mengutip sebarang duit syiling yang terjatuh entah dari mana datangnya kerana dikhuatiri duit itu adalah perantaraan perbuatan sihir.
Duit ini juga boleh kita jumpa di halaman rumah, di depan pintu rumah dan di sebelah kereta.
Dia turut berkongsi gambar-gambar duit kertas dan duit syiling yang terselit di pemampat penyaman udara luar rumahnya, di tempat ikan dan di dalam peti surat.
Katanya lagi, setiap kali selepas dia membuang duit-duit syiling itu, pasti akan ada duit syiling yang lain akan datang semula ke rumahnya.
Yang lebih memeranjatkan pemuda itu, duit-duit tersebut disaluti dengan tanah perkuburan!
Dia mengingatkan lagi agar sentiasa berhati-hati dan tidak sesuka hati memegang duit-duit yang dijumpai bertaburan berdekatan dengan kita. Jika tidak yakin, bacalah doa pendinding untuk melindungi diri.
Zaman sekarang ramai yang sanggup melakukan apa sahaja. Bermacam-macam cara akan dibuatnya.
Sebelum mengakhiri postingnya, dia juga sempat berkongsi doa-doa dan cara-cara untuk memutuskan sihir.
Posting yang dibuat oleh pemuda ini telah dikongsi sebanyak 19 ribu kali!
“Bismillah, aku pon tak paham apa orang nak buat khianat kat aku/family , yang aku tau kalau kumpul duit keliling rumah aku ni memang banyak , tiap kali buang mesti ada balik , yang mana cuba nak buat khianat tu insafla nak , aku ni bukanya meniaga juta2 , orang senang nak buat mcm mcm ,
Gambar 1 : dekat compressor aircond luar rumah
Gambar 2 : depan rumah dekat tempat ikan
Gambar 3 : dalam peti surat
“Amaran! Jangan sesekali kutip duit syiling yang anda jumpa:
- Syiling dihalaman rumah
- Syiling didepan pintu rumah
- Syiling disebelah kereta anda
- Syiling yang tak tahu asal usulnya
“Sbg contoh anda nk masuk kereta tiba² ada syiling diatas lantai sebelah kereta anda. Sedangkan semasa anda turun kerata syiling berkenaan tiada disitu.
“Contoh yg kedua… Anda nak keluar rumah tiba² ternampak syiling dihadapan rumah… Jgn terus ambil ya.. Zaman skrg jika org nk sihir, berbagai² cara..
“Akibat kianat dari pada sihir syiling yg di saluti tanah kubur…merana 1badan,bila.malam bedenyut2 bisa2 smpai menangis mnahan ksakitan…..berhati2lah bila anda tejumpa sihir speti ini…jgn sesekali cuba sntuh,skiranya tiada keyakinan diri dan doa2.pdinding diri,sebaliknya sapulah dn teus buang….ambil 1jug air dan 3bji limau nipis,perahkan kdalam jug air,ambl segenggam garam ksar, larutkan bsma air dn perahan limau tadi,
kemudian.bacakan doa ini:
Pembatal sihir
Fa-lammâ ‘Alqaw Qâla Muusâ Mâ Ji’tum Bihis-Siḥr; ‘Inna-LLâha Sa-Yubţiluh; ‘In-Na-LLâha Lâ Yuṣ-Liḥu ‘Amalal-Mufsidiin Wayu-Ḥiqqu-LLâhul-Ḥaqqa Bi-Kalimâ-Tihii Wa Law Karihal-Mujri-Muun (Ayat 81 – 82) surah yunus
“Kmudian siramkan di tempat tapak@kwasan yg trletaknya syiling yg di jumpai….insyAllah dgn izin Allah sihir trbatal….”
Meninjau ke ruangan komen, ramai juga warganet yang mendoakan kesejahteraan pemuda itu dan keluarganya agar sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan dijauhi daripada segala kejahatan.
Ada juga yang berkongsi tentang pengalaman masing-masing semasa mereka terkena perbuatan khianat.
The post “Akibat syiling disaluti tanah kubur, merana 1 badan,” Jumpa Duit Terselit Merata, Lelaki Ini Percaya Keluarga Dikhianat appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3CU9Vh6
via IFTTT
0 Response to "“Akibat syiling disaluti tanah kubur, merana 1 badan,” Jumpa Duit Terselit Merata, Lelaki Ini Percaya Keluarga Dikhianat"
Post a Comment