Selamba Pacak Khemah Di Parking Lot Genting Highlands, Trend BBNU Ini Tarik Perhatian Netizen

Umum mengetahui, negara kita baru sahaja mengumumkan kebenaran aktiviti perlancongan dan merentas daerah. Hal ini sangat membuatkan orang ramai menarik nafas lega kerana tidak perlu ‘berkurung’ lagi.

Ramai yang sudah mula plan untuk balik ke kampung bagi mengunjung kedua ibu bapa, ada juga yang menziarahi pusara dan ada juga yang menggunakan kesempatan yang diberi untuk pergi bercuti bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan.

Tidak hairan lah jalan raya semakin sesak dan tempat perlancongan semakin padat dengan pelancong apatah lagi di tempat tumpuan pelancong seperti Genting Highlands.

Namun, isu yang tidak enak di dengar muncul apabila sekumpulan anak muda kini dilihat suka ikuti trends yang tular di TikTok untuk dijadikan konten.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana menjadi satu fenomena baharu dimana anak muda pacak khemah dan nikmati kopi serta mi segera di parking lot berdekatan stesen Petron di Genting Highlands yang difahamkan dikhaskan untuk meletakkan bas. Boleh dilihat di TikTok, ramai yang sertai trend tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@_dattebayo8 #gentinghighlands ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat

@nhztulhnim Borak, maggie & mengopi #gentinghighlands #friends #weekendvibes ♬ Viva La Vida – Coldplay

Perkara demikian mendapat perhatian netizen dan ada yang mengatakan tempat tersebut tidak sesuai serta salah kerana ia merupakan kawasan persendirian.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang bersetuju bahawa seharusnya mereka mencari tapak yang sesuai bukannya melakukan hal seperti ini.

Tidak hanya terhenti disitu, warga maya juga dilihat turut berharap pihak Genting Highlands akan perketatkan lagi sekuriti agar hal seperti ini tidak berlaku kelak disebabkan faktor keselamatan.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan anak muda yang pacak khemah di kawasan tempat letak kenderaan dan juga di bangunan Genting Highlands kerana ianya tidak sesuai dah nyata menggangu ‘mood’ percutian mereka.

Namun bagaimana pun, masih ada segelintir netizen yang tidak sabar untuk turut serta mengikuti ‘vibes’ yang tengah trending ini.

Berikut merupakan komen lain daripada warga netizen:

“ye tahu nak kelainan sikit.. biarlah bertempat diknon..”

“nak berkhemah buat cara berkhemah ada tempat perkhemahan,cam ni memang kena tegur/halau”

The post Selamba Pacak Khemah Di Parking Lot Genting Highlands, Trend BBNU Ini Tarik Perhatian Netizen appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/32eV1oT
via IFTTT
loading...

0 Response to "Selamba Pacak Khemah Di Parking Lot Genting Highlands, Trend BBNU Ini Tarik Perhatian Netizen"

Post a Comment