Bila manusia hilang pertimbangan maka dia akan melakukan sesuatu perkara di luar batasan tanpa memikir baik buruk sesuatu perkara tersebut.
Terbaru, tular di dada akhbar tentang kes kematian yang dipercayai bermula disebabkan pertengkaran melibatkan kes kecurian pembesar suara di Flat Ashby Road, Sungai Senam mencuri perhatian ramai pihak.
Menurut sumber, beberapa orang suspek yang juga anak beranak dipercayai turut terlibat dan membawa kepada kematian mangsa dan kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 pagi 25 November 2021.
Difahamkan, mangsa yang maut dicekik daripada belakang sewaktu berlakunya pergeutann dikenali sebagai Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin yang berumur 29 tahun.
Menurut Ketua Polis Perak iaitu Datuk Mior Faridalathrash Wahid, dia mendedahkan bahawa pergelutan tersebut dipercayai berlakuk kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang dikatakan mencuri pembesar suara milik salah seorang daripada mereka.
Mengulas lanjut, pada mulanya hanya berlaku pertengkaran mulut sahaja, namun lama kelaman pergelutan antara mereka terjadi hingga salah seorang meninggal dunia.
“Suspek dikatakan menjumpai mangsa bersama pembesar suara berkenaan. Pertengkaran berlaku sebelum seorang daripada suspek mencekak leher mangsa dari belakang.”
“Mangsa yang dipercayai mempunyai masalah mental itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Pemergian Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin dapat dirasakan oleh rakan-rakan dan tenaga pengajar di tempat belajarnya oleh kerana dia merupakan graduan dari sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA).
Menerusi laman Facebook, persatuan alumni menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa diatas pemergian Faqih.
“Assalamuailakum w.b.t. Dukacita dimaklumkan bahawa Faqih Ariffin telah kembali menghadap Ilahi pada pagi tadi.
Arwah merupakan Alumni Pelajar JKM DTP PSAS Batch 2012.”
“Kita doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang dapat rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT.
Salam Takziah daripada kami barisan Alumni PSAS”
Apa yang lebih menyayat hati, video kematiannya juga turut tular dan sekaligus mengundang sebak ramai.
Video tular di group whatsapp, kejadian yang membawa kepada kematian seorang individu di flat ashby. Tuhan je lah selamatkan nasib semua2 yang ada keliling si mati. pic.twitter.com/t75LeeURKq
— Jeb (@JetsamCadillac) November 25, 2021
Baimanapun, beberapa orang suspek berusia 60, 43, dan 34 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
Pihak berkuasa juga turut merampas sebilah pisau lipat yang ditemui di lokasi kejadian.
“Permohonan reman akan dijalankan ke atas ketiga-tiga suspek bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” ujar Ketua Polis Perak itu lagi.
Reaksi Netizen:
Serba serbi tak kena gambar ni aku tengok, naik menyirap. pic.twitter.com/LesI70gkm3
— Jeb (@JetsamCadillac) November 25, 2021
Ada bukti video, harap menjadi bukti kuat bahawa mrk telah membunuh
— NizamArif (@NizamArif_) November 26, 2021
Tubuh manusia ni sangat la fragile. Pukul sikit je pun boleh bawa maut. Jadi elakkan la pukul manusia lain melainkan betul2 terdesak dan ada nyawa yg terancam.
— Kruz (@InitAKruz) November 26, 2021
nk tunjuk hero bukan dekat Malaysia tau kau nk tunjuk kau kuat pergi palestine sana
— nhzbm (@hawazakiah) November 26, 2021
Risau terlepas je si pembunuh mcm kes baru2 ni.. Itu pn ramai juga terlibat semua terlepas dr dakwaan bunuh walaupun jelas membunuh.. Harap badan kehakiman kita ni takde la double standard.. Sejak2 ni mcm2 berlaku perkara pelik..
— FZN (@zahnfauthan) November 26, 2021
Yg berkopiah tu aku tak boleh husnuzon dgn dia. Mesti dia seorang yang sejenis riak, acah-acah terpaling beriman. Dan selalu pandang rendah sesama manusia.. kat tempat aku pun ada beberapa orang yang macam Bro berkopiah .. kep angin tak bertempat.
— buahMANGGIS (@Beranimati7) November 26, 2021
The post [VIDEO] Dituduh Curi Speaker, Lelaki OKU Maut Dicekik Dari Belakang appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3r9oScX
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] Dituduh Curi Speaker, Lelaki OKU Maut Dicekik Dari Belakang"
Post a Comment