“Biar dia rasakan..” Geram Kena Main Dengan Penjual Aiskrim Turki, Gadis Ini Balas Dendam Masa Bayar

Umum mengetahui bagaimana cara penjual aiskrim Turki melayani pelanggannya dengan melakukan pelbagai helah.

Bukan hanya untuk memancing emosi pembeli, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana.

Biasanya penjual aiskrim ini akan membuat persembahan di mana pembeli akan “dibuli” terlebih dahulu. Setelah anda berjaya mendapatkan aiskrim ini, penjual akan membunyikan loceng tanda urusan jual beli selesai.

Sebagai pembeli, kita terpaksa akur dengan segala ‘trick’ kerana ianya merupakan ‘trade mark’ aiskrim turki ini.

Namun lain pula kisah nya dengan video yang tular ini dimana seorang wanita yang lebih dikenali dengan @nurhayatitahir kene ‘game’ dengan penjual aiskrim turki mencuri perhatian ramai.

Menetusi video tersebut memaparkan telatah gadis ini sedang menunggu aiskrim turkinya siap di Booza Ice Cream yang terletak di Bukit Bintang.


Lebih menarik lagi, gadis tersebut tidak berjaya mencapai aiskrim yang dihulur oleh penjual tersebut. Perkara itu merupakan salah satu budaya dan trick mereka.

Namun apa yang mengundang dekah ramai adalah apabila gadis ini nekad untuk membalas dendam dengan menggunakan kaedah yang sama sewaktu menghulur duit kepada penjual tersebut.

Bukan itu sahaja, malah reaksi tidak puas hati peniaga tersebut juga jelas mengiburkan orang ramai! kikiki

 

Video yang tular di laman TikTok:

@nurhayatitahirr_ Biar dia rasakan semula.. #fyp ♬ Helikopter – Fazlija

“Biar dia rasakan semula..” Tulisnya di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 137.4K tanda suka, 3515 komen dan 2347 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen terhibut dengan gelagat wanita ini dan penjual aiskrim turki. Malah dalam masa yang sama turut berpuas hati melihat cara gadis tersebut membalas dendam!

Berikut merupakan komen-komen daripada warga maya:

“satu lagi cara kak, kalau dia bagi cone kosong, ko makan je kon tu, biar dia yang rugi”

“karma is real”

“lepas dia buat muka nenek kebayan tu.. aku dah tahu sesuatu akan berlaku.. mendapek…”

“geram lama dah.. baru kena buku ngan ruas..”

The post “Biar dia rasakan..” Geram Kena Main Dengan Penjual Aiskrim Turki, Gadis Ini Balas Dendam Masa Bayar appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3r907NZ
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Biar dia rasakan..” Geram Kena Main Dengan Penjual Aiskrim Turki, Gadis Ini Balas Dendam Masa Bayar"

Post a Comment