Pada era yang sedang membangun ini, pelbagai peralatan canggih telah dicipta dan dikeluarkan bagi kemudahan orang ramai.
Seperti yang kita sedia maklum, Kecanggihan fungsi SmartTAG serta RFID pada hari ini menyebabkan agak ramai yang memilih kedua-dua laluan tersebut semasa mahu membuat pembayaran di mana-mana plaza tol yang menawarkan kemudahan tersebut.
Hal ini kerana ianya amatlah menjimatkan masa dan tidak perlu beratur lama dan menunggu giliran di plaza tol.
Namun, ada perkara yang lebih menakjubkan dan membuat netizen tercengang apabila seorang wanita ini memuat naik satu perkongsian dimana dia hanya menggunakan jam tangannya untuk mmembuat pembayaran Touch ‘n Go di plaza Tol nyata mencuri tumpuan ramai.
Manakan tidak, jarang-jarang halini berlaku dan ada juga netizen yang mengakui tidak pernah tahu bahawa selama ini boleh membuat pembayaran menggunakan jam tangan.
Sehinggakan ada yang terkejut dan mengatakan wanita itu hanya mengada-adakan video tersebut semata-mata untuk konten dan meraih tontonan yang tinggi sahaja.
Namun dengan tenang wanita itu dan beberapa lagi pengguna TikTok lain yang sempat ‘membesar’ semasa pelancaran jam tangan tersebut pada beberapa tahun lalu berkongsi sejarah serta cara penggunaan jam tangan yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go tersebut.
Bukan itu sahaja, wanita ini juga sempat memuat naik satu video lain cara untuk menambah nilai baki Touch ‘n Go pada jam tangan ‘viral’ itu.
Tidak terhenti disitu, wanita ini juga membuktikan bahawa jam tangan ini mampu membuat pembayaran barangan di Farmasi yang menerima pemnbayaran dari segi Touch ‘N Go.
Video yang tular baru-baru ini:
@fatinrehannaSelalu pegi topup touch n go mesti kena sound , “ni jam dik bukan kad touch n go “ ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat
Beli barang guna jam Touch n Go
@fatinrehanna Reply to @driftereone ♬ original sound – fatinrehanna
Ketika artikel ini, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 65.0K tanda suka, 1180 komen dan 1397 perkongsian di laman TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar kilang jam tersbeut mengeluarkan keluaran jam itu semula dek kerana video viral tersebut.
Untuk pengetahuan umum, Touch ‘n Go pernah mengeluarkan model jam tangan yang dikenali sebagai ‘Time Traveller Watch’ yang mampu menggantikan kad Touch ‘n Go pada sekitar tahun 2016 yang lalu.
Jam tersebut dicipta dan dikeluarkan bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran di mana-mana premis perniagaan yang menggunakan Touch ‘n Go serta rakan niaga Touch ‘n Go lain seperti kedai runcit, pengangkutan awam, tempat letak kereta dan pembayaran tol.
Butiran Touch ‘n Go tersimpan pada kad sim yang hadir dengan jam tangan tersebut.
Bagaimana pun pihak Touch ‘n Go telah menghentikan pengeluaran jam tangan tersebut oleh kerana sambutan yang kurang mengalakkan.
Disebabkan itu, siapa yang memakai jam tersebut pada hari ini dianggap ‘rare’ kerana susah untuk kita temui.
The post Bayar Tol & Beli Barang Guna Jam Tangan TnG, Aksi Wanita ini Jadi Perhatian appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3xiAwmH
via IFTTT
0 Response to "Bayar Tol & Beli Barang Guna Jam Tangan TnG, Aksi Wanita ini Jadi Perhatian"
Post a Comment