“Cukuplah dia bagi..” Tak Tuntut Banglo Di Mahkamah, Bekas Isteri PU Dedah Puncanya

Beberapa bulan lepas, kisah pertikaian membabitkan sebuah rumah banglo antara Pencetus Ummah (PU) Raihan Husni dengan bekas isterinya, Ain Qaiyimah menjadi bualan ramai.

Walaupun kontroversi itu terus senyap dan tiada sebarang perkembangan lanjut, namun apa yang pasti banglo tersebut tidak didiami oleh bekas isteri dan dua orang anaknya.

Terbaru, Ain perlu pergi ke banglo tersebut untuk mengambil beberapa barang setelah 9 bulan meninggalkan banglo itu. Perkara itu dikongsikan menerusi IG story miliknya.

Tidak dinafikan, pelbagai kenangan yang berkait dengan rumah itu namun bagaimana pun dia sudah berpesan pada diri sedniri agar tidak mengalirkan air mata dan terus kuat.

“Harini saya balik ke rumah banglo tu untuk angkut sikit2 barang.. tapi sebelum saya melangkah masuk ke dalam rumah .. saya dah janji dengan diri saya satu titik air mata pun tidak akan mngalir”

“Sudah 9 bulan saya tinggalkan mahligai ini..barang-barang masih elok cuma lantai agak kotor dan bersawang” katanya lagi.

“Saya tahu ia mungkin sedikit merobek hati saya tapi saya tetap tahan dan istighfar supaya jangan ada setitik pun air mata yang jatuh”

Dalam pada masa yang sama, ain juga terjumpa sebuah buku yang pernah digunakan untuk meluahkan isi hatinya dan menyimpan setiap doa sewaktu dia berada pada titik yang paling hujung dalam hidupnya

Dia menyifatkan bahawa usahanya selama ini menghias rumah untuk bahagiakan keluarganya terutama bekas suaminya nyata sia-sia sahaja.

Bukan itu sahaja, malah sehar sebelum bekas suaminya itu melafazkan talak, dia masih sibuk mengemas dan mengecat ruang khas untuk 2 orang anak kesayangannya.

“Saya yang cat, saya yangpasang lantai ni..semualah saya buat sendiri..sebab nak bahagiakan diri sendiri dan dia..Tapi rupanya sia-sia..tak apalah Allah yang nilai semua usaha saya..saksi adalah anak kami..”

“Yang paling sebak.. sehari sebelum lafaz saya masih sibuk mengemas mengecat ruang ini untuk anak-anak”

Mengulas lanjut, warga netizen juga meminta Ain untuk menuntut banglo itu di mahkahmah namun Ain menjelaskan bahawa dia sekalipun tidak mahu menganiaya bekas suaminya itu malah dia bersyukur sekurang-kurangnya nafkah dari segi anak-anak tidak terabai dan dipandang remeh.

“Ramai yang meminta saya untuk fight kat mahkahmah tentang rumah ni..tapi saya tak sampai hati nak aniaya dia..cukuplah dia bagi nafkah anak kepada anak2 saya..itu dah buat saya terlalu bersyukur..” ujarya lagi.

“Ia dah menjadi sejarah.. biarlah ia menjadi sejarah..dah sejarah tidak akan pernah berulang..cuma.. takdir tidak memihak pada saya dan saya lepaskan awak wahai mahligai”

The post “Cukuplah dia bagi..” Tak Tuntut Banglo Di Mahkamah, Bekas Isteri PU Dedah Puncanya appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3nLFxRw
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Cukuplah dia bagi..” Tak Tuntut Banglo Di Mahkamah, Bekas Isteri PU Dedah Puncanya"

Post a Comment