Sebagai ibu bapa sudah tentu kita mahu buat yang terbaik untuk anak yang kita sayangi. Manakan tidak, anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai dengan apa pun.
Setiap permintaan anak akan cuba kita usahakan dan ianya juga boleh jadi memori yang terindah apabila anak-anak meningkat dewasa.
Seboleh-bolehnya kita tak ingin melihat anak kita hampa dan kecewa namun bagaimana pula jika anak-anak minta perkara yang tak terjangkau dek akal?
Begitu juga dengan perkongsian Amir Kahar di dalam Group Kaki Pancing Sabah yang tular di laman Facebook baru-baru ini.
Menerusi video itu, anaknya kelihatan menangis sambil menghentakkan kaki dengan hasratnya yang mahu memancing buaya.
Sempat juga bapanya bergurau dengan kapsyen “anak aku mau mancing buaya, mana port?”.
Taknak ikan ya, nak buaya!
“Nanti kita pancing buaya, okay?”, pujuk si bapa. Anaknya juga sempat menunjukkan lokasi yang dirinya mahu.
Video tersebut mendapat perhatian daripada warga netizen kerena telatah bapa yang melayan karenah anaknya untuk memancing buaya.
Menjengah di ruangan komen, ini merupakan antara komen komen dari netizen:
“jangan sudah besar jadi buaya pula”
“Kurang feel kalau tarik ikan”
“kita nampak buaya pun kita lari”
Kita kalau nampak sahaja buaya, dah siap sedia buka langkah seribu, dia boleh pula nak mancing buaya, tak apa lah dik, jangan besar jadi buaya sudahlah ya!
Macam mana lah agaknya bapa adik ini nak menacari port untuk mancing buaya. Pening kepala bapaknya nak penuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Video tular di Facebook
The post [VIDEO] “Mahu pancing buaya,” Anak Beria Menangis Nak Pancing Buaya Buat Bapa Pening appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/2ZrYa3h
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] “Mahu pancing buaya,” Anak Beria Menangis Nak Pancing Buaya Buat Bapa Pening"
Post a Comment