[VIDEO] “Inai masih merah di jari,” Baru 10 Hari Nikah, Isteri Pengsan Lihat Keadaan Suami

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin kehidupan yang bahagia dan sempurna dari segala aspek.

Namun siapa sangka dengan sekelip mata Allah menarik nikmat yang ada.

Sebagai hamba-Nya, kita haruslah kuat dan tabah menempuh ujian yang diberikan kepada kita kerana itu adalah tanda kasih sayang Allah SWT.

Seperti yang terjadi kepada pasangan pengantin yang baru sahaja 10 hari bernikah, sang suami telah cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkannya terlantar di hospital.

Menurut Ummin Kalsom Ramli, suaminya, Mohd Irfan Mohd Remli,  ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai milik sepupunya, sebelum motosikal yang ditunggangi dilanggar oleh sebuah kereta.

Katanya semasa kejadian berlaku, dia berada dia rumah ibu mentuanya sementara menunggu kepulangan suami tercinta sehingga larut malam.

Tatkala baru meletakkan kepala ke bantal, dia telah mendapat panggilan tentang suaminya yang kemalangan dan segera ke hospital.

“Saya menetap bersama ibu mentua di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan. Malam tu sementara tunggu suami pulang, kami bersembang sampailah ke tengah malam. Selalunya bersembang tak sampai lewat pun.

“Baru je nak letak kepala dekat bantal, saya dapat panggilan mengatakan suami kemalangan. Teruslah kami bergegas ke hospital. Dalam perjalanan, macam-macam benda bermain dalam kepala tapi saya harap keadaanya tak teruk.

Tanpa disangka, setelah tiba di hospital, dia terus rebah kerana melihat keadaan suaminya yang begitu parah.

“Tapi sebaik saja tengok dia depan mata dekat hospital, terus saya rebah dan pengsan. Dengan tangan kanannya yang parah dan tubuh berlumuran darah. Tak sangka kecederaannya tak seperti yang saya fikirkan,” ujarnya seperti yang dilaporkan mStar.

Tambah wanita kuat itu, dia bersyukur kerana masih mampu berada di sisi suaminya dan memberi kata-kata semangat agar suaminya tidak berasa kurang walaupun kini tidak berkerja, dia percaya bahawa rezeki menjaga suami itu akan ada kelak.

“Tak kerja sekarang, tapi InsyaAllah ada rezeki kelak berkat menjaga suami. Sebagai isteri, saya perlu ada di sisi suami untuk beri kata-kata sokongan dan semangat kepadanya. Pernah beberapa kali dia down dan sedih sebab keadaannya tak sama macam dulu.”

Sebagai seorang suami, pasti suaminya berasa lemah melihat keadaan dirinya yang terlantar sahaja kerana tidak sempat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan sempurna lebih-lebih lagi mereka baru berkahwin dan baru sahaja ingin memulakan kehidupan bersama.

Namun Ummin sentiasa memujuk hati dan berpesan kepada suaminya bahawa dia tidak akan sesekali meninggalkan suaminya dalam apa jua situasi dan akan mengharungi ujian ini bersama suaminya.

“Setiap kali itulah, saya akan pujuk dan tegaskan yang saya tak akan tinggalkannya. Dia sakit, saya pun terasa sakitnya. Ini ujian buat kami berdua dan biarlah hadapi bersama-sama.”

Bukan itu  sahaja, Ummin juga bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan dan keluarga yang prihatin terhadap mereka disaat mereka mengalamai kekangan wang akibat tidak berkerja.

“Sememangnya kekangan yang kami hadapi ketika ini adalah dari sudut kewangan memandangkan kami berdua tidak bekerja sekarang. Alhamdulillah ada kawan-kawan suami yang pemurah dan baik hati, keluarga dan orang terdekat yang prihatin.

Walau bagaimanapun, dia agak terkilan dan kesal kerana pihak yang menyebabkan kemalangan itu berlaku tidak bertanggungjawab sedangkan dia sepatutnya dikenakan hukuman atas pengaruh dadah.

“Cuma terkilan sedikit apabila pihak di sana seolah-olah tak hirau keadaan kami sedangkan dia yang melanggar dan dilaporkan di bawah pengaruh dadah. Bab itu, saya hanya mampu serah kepada Allah,”

Ummin turut berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kesembuhan suaminya walaupun tidak mengenali.

“Terima kasih yang tak terhingga kepada yang doakan kesembuhan suami, dan kata-kata semangat untuk kami walaupun tak saling mengenali.

Di samping itu, wanita yang tabah ini juga mempunyai satu harapan iaitu mahu melihat suaminya sembuh seperti sedia kala walaupun mengambil masa yang lama. Di juga berharap orang ramai terus mendoakan mereka agar pembedahan suaminya kelak akan dipermudahkan.

“Harapan saya satu saja, nak tengok suami sembuh seperti dulu walaupun doktor kata mungkin ambil masa setahun lebih juga. InsyaAllah suami akan jalani pembedahan keempat pada November depan. Teruslah doakan kami.

Tidak lupa juga, Ummin berpesan agar orang ramai sentiasa berhati-hati ketika memandu dan janganlah pentingkan diri sendiri sehingga membahayakan nyawa orang lain.

“Buat orang di luar sana, hati-hati memandu kenderaan, jadi pemandu berhemah dan janganlah pentingkan diri hingga bahayakan nyawa orang lain. Ingatlah mereka juga ada isteri serta keluarga,”

Video tular di Tiktok

 

@ummin_95PENGANTIN 10 HARI 😥 next part nnti sy sambung 💙♬ bunyi asal – Helmy_Zizan

The post [VIDEO] “Inai masih merah di jari,” Baru 10 Hari Nikah, Isteri Pengsan Lihat Keadaan Suami appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/39KdWZg
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] “Inai masih merah di jari,” Baru 10 Hari Nikah, Isteri Pengsan Lihat Keadaan Suami"

Post a Comment