“Kurus kering, termenung, moody,” Almy Nadia Sedih, Fizz Fairuz Kena Sakit Misteri Selepas Penggambaran

Siapa yang tidak sedih apabila melihat suami yang selalunya ceria, dan menjadi tulang belakang dalam keluarga tiba-tiba bertukar menjadi murung dan tidak bersemangat. Pasti sesiapa sahaja yang melaluinya akan berduka dan sedih melihat perkara itu.

Itulah yang terjadi kepada pelakon Datin Almy Nadia yang merupakan isteri kepada Datuk Fizz Fairuz yang meluahkan perasaan sedihnya di Instagram dan mendakwa suaminya itu telah diserang sakit misteri.

Selalu kita lihat dikaca tv, Datuk Fizz Fairuz adalah orang yang ceria dan sukar menonjolkan masalahnya kepada umum malah sentiasa kelihatan bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta.

Namun tidak disangka musibah yang melanda dirinya sehingga dia kelihatan kurus kering kerana tidak berselera untuk makan selepas pulang dari penggambaran.

Menurut isterinya, suaminya itu sudah 2 minggu tidak makan dan minum sehingga gastrik walaupun mereka sudah pergi berubat sebelumnya.

“Memamg pasal kau,laki aku kurus kering sakit tau. balik dr shooting cita ni la, suami kami @fizzfairuzofficial di landa sakit misteri sampai tak mkn tak minum 2 minggu. sampai di serang sakit gastric tau, walaupun dah berubat tapi bekas sisa baki tu masih ada ye. ”

Katanya lagi, Datuk Fizz Fairuz kelihatan semakin pulih namun dia sering termenung dan sudah tidak ceria seperti selalu lagi.

Tambahnya hal itu berlaku selepas suaminya habis penggambaran di Gopeng, Perak dan menyebabkan dia berasa sedih melihat suaminya itu kerana ia buka mudah untuk memulihkan penyakit misteri jika tidak berubat dengan orang yang betul.

“Sekarang dah pulih tapi masih suami kami dilanda sakit termenung,moody,sakit,susah senyum dan tak ceria macam dulu di sebabkan cita ni la, disebabkan dia shooting cita ni lah dekat gopeng, area kampung sahom, realitinya aku sekarang tengah tekanan dan jadi sedih.”

“Sebab suami aku yang dulunya ceria, happy je, tapi sekarang sakit tau tekanan nak pulihkan sakit dia bukan senang.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Dalam pada itu, netizen yang melihat posting itu turut berduka cita dan sedih melihat keadaan Fizz Fairuz yang lemah itu serta turut berdoa agar Fizz Fairuz cepat sembuh dan keluarga mereka terhindar daripada perkara-perkara seperti ini.

“Allahu akhbar. Semoga abg fizz diberi kesembuhan & semangat balik.”

The post “Kurus kering, termenung, moody,” Almy Nadia Sedih, Fizz Fairuz Kena Sakit Misteri Selepas Penggambaran appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3lWz5oM
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Kurus kering, termenung, moody,” Almy Nadia Sedih, Fizz Fairuz Kena Sakit Misteri Selepas Penggambaran"

Post a Comment