Status kehamilan Noor Neelofa masih menjadi teka-teki dalam kalangan netizen sehingga ke hari ini. Terbaru, netizen mendakwa mereka yakin bahawa isteri kepada PU Riz itu sedang hamil.
Sebelum ini Neelofa pernah memuat naik satu gambarnya di Instagram dan netizen mendakwa dia sudahpun hamil berikutan dengan cara berpakaian dan juga susuk badannya yang sedikit berbeza dari kebiasaan.
Namun teka-teki itu menjadi perhatian netizen serta mendakwa pasangan dua sejoli itu akan mengumumkan berita gembira itu dalam masa terdekat kerana Neelofa sering dilihat mengusap perutnya.
Terbaharu, Neelofa dan suaminya Haris telah hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada pagi Jumaat tadi sorotan dengan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini.
Namun, lain yang diperhatikan netizen apabila perut selebriti itu jelas kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’.
Walau bagaimanapun, pasangan itu sehingga kini masih mengunci mulut mereka dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan perkara itu.
Bukan itu sahaja, para peminat tidak henti mengucapkan tahniah kepada mereka berdua di setiap posting berkaitan dengan Neelofa dan suaminya.
Jika benar apa yang diperkatakan, pasti ramai yang gembira dengan berita itu kerana ramai yang tidak sabar menunggu kelahiran anak dari pasangan sama cantik sama padan itu.
“Nampak baby bump dekat situ. wow!
“Berisi Neelofa, ada isi dalam tu. Comel Lofa pregnant,” tulis netizen.
Terdahulu, Noor Neelofa yang berjubah kelabu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 8.40 pagi bagi sebutan semula kes pendakwaan atas pertuduhan gagal mematuhi SOP di sebuah kedai permaidani di Nilai 3, Nilai pada 2 Mei lalu. Kes tersebut akan disebut semula pada 21 Oktober ini.
Noor Neelofa Mohd Noor dan Pencetus Ummah Haris telah diijabkabulkan pada 27 Mac yang lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara iaitu di Hote Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Di Majlis serba mewah bertemakan serba putih seperti taman syurga, bekas pengacara MeleTOP itu dinikahkan oleh adik kandungnya sendiri, Mohamed Aqief Mohd Noor berwakil walikan bapanya.
The post Dikatakan Semakin Berisi & Sering Usap Perut, Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Neelofa appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3EMnSzK
via IFTTT
0 Response to "Dikatakan Semakin Berisi & Sering Usap Perut, Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Neelofa"
Post a Comment