[VIDEO] Isteri Menangis Mohon Maaf Belum Hamil, Reaksi Alieff Irfan Ini Dipuji Netizen

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti inginkan zuriat. Namun tidak semua pasangan mudah mendapat cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin.

Sama seperti pasangan Youtuber ini iaitu Alieff Irfan dan isterinya Bella. Sebagai isteri, siapa yang tidak terkilan jika masih belum dikurniakan zuriat walaupun sudah 1 tahun lebih berkahwin lebih-lebih lagi apabila melihat ahli keluarga sendiri yang baru mendirikan rumah tangga sudah hamil.

Baru-baru ini Alieff Irfan channel telah memuat naik video sambutan hari ulang tahunnya ke-24 yang telah dirancang sepenuhnya oleh isterinya Bella.

Di dalam video tersebut, Bella telah berkongsi momen-momen sebelum membuat kejutan istimewa buat suaminya itu.

Bella telah membuat kejutan untuk suaminya dengan membawa ibu Alief dari Kelantan ke majlis sambutan ulang tahun tersebut di ibu negara.

Melihat kelibat ibu tersayang bersama keluarga, Alief terkejut dan sebak kerana terlalu gembira.

Namun apa yang menyentuh hati apabila di penghujung video yang dikongsikan itu, Bella telah memanggil ibu dan ibu mertuanya  untuk bersama mereka suami isteri di hadapan kamera.

Lantas itu, Bella tiba-tiba menangis sambil memberi ucapan. Situasi menjadi sedih apabila Bella meminta ibu dan ibu mertuanya untuk bersabar menunggu kehadiran cahaya mata pertama dari mereka berdua.

“Untuk umi, ibu , Alief. Bella harap umi dengan ibu sabar untuk along dapat zuriat”

Tambah Bella, dia sedar mungkin rezeki mereka masih belum sampai namun dia juga berniat untuk menggembirakan keluarga dengan kehadiran cahaya mata.

“Bella nak happykan umi dengan ibu dengan kehadiran zuriat pertama dari Bella dan Alief. Umi dengan ibu harap sabar.”

Melihat Bella menangis, Alief lantas memeluk Bella dan memberitahunya untuk tidak berkata seperti itu lagi.

Alief turut berpesan untuk sentiasa berdoa kerana ia berada di luar kawalan mereka malah iainya ketentuan Allah SWT.

Reaksi Alief itu telah membuat rata-rata netizen memujinya kerana memahami perasaan Bella dan dirinya bersikap melindungi isteri dari mempunyai perasaan sebegitu.

Bukan itu sahaja, malah netizen turut mendoakan agar pasangan itu dikurniakan zuriat suatu hari nanti.

Alieff atau nama sebenar Muhammad Aliff Irfan Aziki dan Nurul Nabilah Aliah Hazman telah sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada hari Jumaat 14 Februari 2020 yang lalu.

The post [VIDEO] Isteri Menangis Mohon Maaf Belum Hamil, Reaksi Alieff Irfan Ini Dipuji Netizen appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/39VSPn7
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] Isteri Menangis Mohon Maaf Belum Hamil, Reaksi Alieff Irfan Ini Dipuji Netizen"

Post a Comment