Setiap pasangan yang sudah bergelar suami isteri, pasti menginginkan cahaya mata sebagai tanda kasih dan cinta mereka berdua. Apakan daya tidak semua orang bertuah memiliki zuriat dalam masa terdekat.
Namun siapa yang tidak gembira jika penantian yang berpuluh tahun lamanya akhirnya tiba, pasti sesiapa sahaja akan memberitahu satu dunia tentang berita gembira itu.
Tetapi suratan takdir yang ditentukan oleh Allah itu pasti dan nyata disaat Allah hanya memberi pinjaman kebahagiaan itu buat sementara sahaja.
Baru tiga hari bergelar bapa, Azmi Saat iaitu vokalis kumpulan Caliphs Buskers mengesahkan anak pertamanya yang diberi nama Khairul Afnan telahpun meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Berita duka itu telah dikongsikan oleh pengurus Azmi sendiri iaitu Shah Rahman yang memaklumkan anak vokalis itu telah menghembuskan nafas terakhir di dalam pangkuan ibunya Nazira Muhammad, isteri kepada vokalis itu.
Beberapa jam sebelum menerima berita duka itu, Azmi telah memuat naik posting memohon doa orang ramai untuk mendoakan anaknya yang secara tiba-tiba mengalami masalah kesihatan sehingga memerlukan bantuan pernafasan beberapa minit sebelum disahkan meninggal dunia.
“Selepas alat bantuan pernafasan dibuka, Azmi dan isteri diberi peluang meriba anak mereka sehingga nafas terakhir, Afnan sah meninggal dunia beberapa minit kemudiannya” kata pengurusnya.
Walau bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan punca sebenar zuriat yang ditunggu-tunggu oleh mereka berdua sejak 10 tahun itu, meninggal dunia.
Menurut Azmi, dia reda dengan takdir dan ujian yang ditentukan buatnya, namun dia tetap bersyukur kerana Allah telah meminjamkan nikmat menjadi seorang bapa kepadanya walaupun hanya beberapa hari.
“Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami.
Terdahulu, Azmi Saat telah meluahkan kegembiraannya di media sosial selepas mendapat khabar gembira bahawa isterinya Nazirah Muhammad disahkan hamil.
Siapa sangka selepas 10 tahun menanti, hasrat penyanyi Azmi Saat untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan selepas isterinya Nazirah Muhammad selamat melahirkan bayi lelaki pertama mereka namun Allah lebih menyayangi anak syurga mereka.
Netizen turut berduka cita di atas berita itu dan tidak lupa memberikan kata-kata semangat dan doa buat pasangan itu serta anak syurga itu.
The post “Tunggu kami di syurga,” Baru 3 Hari Bergelar Bapa, Anak Azmi Saat Meninggal Dunia appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3upJop7
via IFTTT
0 Response to "“Tunggu kami di syurga,” Baru 3 Hari Bergelar Bapa, Anak Azmi Saat Meninggal Dunia"
Post a Comment