Ahmad Dhani Akui Sudah 8 Tahun Sara Hidup 6 Janda Yang Kematian Suami Akibat Dilanggar Dul Jaelani

Peminat selebriti terkenal dan juga komposer di Indonesia, Ahmad Dhani pastinya masih ingat dengan kemalangan maut yang berlaku akibat kecuaian anaknya Dul Jaelani.

Tidak mahu melepaskan tanggungjawab, sehingga kini Ahmad Dhani dan anak lelakinya, Dul Jaelani tidak mengabaikan nasib keluarga mangsa kejadian kemalangan yang meragut enam nyawa walaupun sudah lapan tahun berlalu.

Menurutnya sehingga kini dia masih berpegang pada janjinya untuk menanggung seluruh keluarga yang telah kehilangan suami dalam kemalangan itu.

Tambahnya lagi, perkara itu adalah inisiatifnya sendiri dan bukannya hukuman undang-undang kerana itu sahaja cara yang ada untuk membantu keluarga mangsa sekaligus menebus kesalahan anaknya yang ketika itu masih kecil.

“Kalau masih ingat, dulu saya berjanji menanggung wanita-wanita yang kehilangan suami meninggal dunia kerana dilanggar anak saya.”

“Sehingga sekarang saya masih tunaikan janji itu,” katanya.

“Saya buat sebagai usaha untuk bantu mereka, lagi pun saya pernah berjanji sejak 2013 lagi.

Bahkan, menurutnya Ahmad Dhani dia akan menanggung pengajian anak keluarga mangsa kemalangan sehingga mereka tamat belajar.

“Mungkin saya akan menanggung mereka sehingga anak-anak mereka selesai pengajian masing-masing.

Anak Tak Lepas Tangan

Menurut vokalis kumpulan Dewa 19 itu, anaknya Dul Jaelani tidak melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja, malah kini anaknya juga telah membantu salah seorang dari wanita itu sementara dia menanggung lima lagi.

“Dul juga ada menyara salah seorang wanita, jadi saya menanggung lima lagi. Ketika kemalangan berlaku ada di antara mereka mempunyai anak yang masih kecil,”

Terdahulu, anak kepada vokalis Dewa iaitu Ahmad Dhani telah mengalami kemalangan maut yang membabitkan enam orang maut dan 11 yang lain cedera pada September 2013. Ketika itu anaknya Dul Jaelani baru sahaja berusia 13 tahun dan tidak mempunyai lesen.

Kenderaan yang dipandunya itu dilaporkan masuk ke arah bertentangan secara tiba-tiba dan merempuh dua kenderaan lain.

Oleh kerana ingin menebus dosa, Ahmad Dhani merancang untuk menubuhkan yayasan untuk anak-anak mangsa kemalangan Dul iaitu Yayasan AQJ.

Ahmad Dhani telah berjanji untuk menanggung segala kos pendidikan anak-anak dari keluarga mereka yang terkorban iaitu seramai 12 orang anak yatim mangsa kemalangan.

The post Ahmad Dhani Akui Sudah 8 Tahun Sara Hidup 6 Janda Yang Kematian Suami Akibat Dilanggar Dul Jaelani appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3F8BfKW
via IFTTT
loading...

0 Response to "Ahmad Dhani Akui Sudah 8 Tahun Sara Hidup 6 Janda Yang Kematian Suami Akibat Dilanggar Dul Jaelani"

Post a Comment