Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata yang bakal menceriakan lagi mahligai yang dibina.
Pengorbanan seorang ibu yang sudah penat lelah mengandungkan anak selama 9 bulan 10 hari pasti tidak sabar mahu melihat wajah anak yang dikandung.
Pastinya setiap pasangan yang bakal menimang cahaya mata mahu anak yang dikandung mempunyai raut wajah yang sama dengan ibu bapanya.
Wajah anak yang dikandung tidak seiras ibu atau suami
Namun lain pula yang terjadi kepada si ibu ini apabila anak yang dilahirkan itu tidak menyerupai dia ataupun suami.
Apa yang mengejutkan wanita ini adalah wajah anak yang lahir hampir seiras dengan mak mertuanya.
Menerusi perkongsian video oleh Saidah Abdul Razak di akaun Tiktok miliknya dia berkongsi kisah tersebut.
Tidak menyangka wajah anak seiras ibu mertua
Dia telah berkongsi pengalamannya selama mengandungkan anak perempuannya selama 9 bulan namun tidak disangka wajah anak itu serupa benar dengan ibu mertuanya.
Wanita itu turut berkongsi beberapa keping foto ibu mertuanya mendukung bayi itu dan telah mendapat perhatian netizen.
Penah ibu mengandung, dia keluar muka nenek dia
“Penat lelah ibu 9 bulan mengandungkan dia, dia keluar-keluar muka nenek dia.”
Menurut Saidah, anak pertamanya mengikut wajah bapa mertuanya dan kali ini wajah ibu mertuanya pula.
Anak sulung ikurt muka ayah mertua
“Anak suluh ikut muka father in law, yang perempuan ni muka mother in law. Mengandung untuk diorang” kata Saidah membalas komen netizen.
Netizen turut meninggalkan komen-komen yang lucu serta ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama dengan Saidah.
Di samping itu ada juga pihak netizen yang memberitahu kepadanya agar usah bimbang kerana anak kecil ini wajahnya berubah-berubah.
Wajah anak akan berubah apabila dewasa
Berkemungkinan apabila dewasa kelak wajahnya akan ada perubahan yang penting anak itu sihat dan comel dipandang.
“Aha sama. Tiba-tiba anak nombor 3 ni muka mak mertua pula. Sampai orang tegur ni anak angkat ke sebab rupa tka saman dengan abang dan kakaknya” kata seorang pengguna tiktok.
“suami saya ikut muka mak dia, keluar anak sebiji muka suami dengan mak mertua saya”
“anak perempuan tunggal saya dari kecik baru perasan muka dia macam arwah nenek saya. Emak saya dan saya,4 generasi dia tapau habis” ujar netizen lagi.
Perkongsian video tersebut telah meraih hampir 75,000 ribu tontonan setelah dimuat naik di aplikasi TikTok.
@saidaabdrzkSape anak dia ikut muka MIL kita geng. ##fyp ##foryoupage ##familythingsh
The post [VIDEO] “Penat lelah ibu 9 bulan mengandung,” Rupa Anak Serupa Ibu Mentua, Perkongsian Wanita Ini Jadi Perhatian appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3gE4VEY
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] “Penat lelah ibu 9 bulan mengandung,” Rupa Anak Serupa Ibu Mentua, Perkongsian Wanita Ini Jadi Perhatian"
Post a Comment