Baru-baru ini, berita mengenai keadaan abang kepada Allahyarham Siti Sarah telah tular di media sosial apabila abangnya turut disahkan positif.
Bagaimanapun, keadaan Ahmad Firdous dikatakan semakin baik kebelakangan ini setelah hampir sebulan bertarung dengan wabak tersebut.
Sesak nafas apabila bangun diwaktu pagi
Menurut perkongsian Ahmad Firdaous di Facebook, keadaan kesihatan dirinya kini semakin stabil.
Namun begitu, dia turut berkongsi masih mengalami kesesakan nafas apabila bangun diwaktu pagi.
Saya pakai oksigen pun berkurang daripada sembilan ke lapan peratus
Menurutnya, keadaan paru-paru kanannya kini sudah rosak yang menyebabkan dia terpaksa menanggung kesakitan di bahagian belakang.
Difahamkan, ia mungkin akan mengambil masa beberapa bulan untuk kembali pulih dari wabak tersebut.
“Ambil masa mungkin tiga hingga empat bulan. InsyaAllah! Saya pakai oksigen pun dah dikurangkan daripada sembilan ke lapan peratus.”
Ada kala saya sihat ada kala saya kurang tenaga
Bukan itu sahaja, Ahmad Firdaous turut memohon maaf kerana tidak dapat mengemas kini perkembangannya yang sebenar kepada orang ramai atas faktor kesihatan.
Walau bagaimanapun dia bersyukur kerana ramai yang masih mengambil berat tentang keadaannya itu.
“Jadi rakan-rakan ini info terkini saya, maaf tak dapat balas satu-satu. Ada kala saya sihat, ada kala saya kurang tenaga.”
Paru-paru kanan saya rosak
“Ramai yang nak tahu keadaan sebenar saya. Maaf saya tak dapat nak nak balas satu-satu. Allah yang maha besar dan saya bersyukur dengan apa yang berlaku.”
“Paru-paru kanan saya rosak, paru-paru kiri saya kena sikit di bahagian belakang tapi Alhamdulillah saya boleh pulih InsyaAllah dengan izin allah.”
Keadaan dirinya makin stabil
Menurut Ahmad Firdous keadaannya kini sudah stabil dan oksigen yang digunakan semakin berkurang dari sebelumnya.
Tambahan pula, dia kini telah pun dipindahkan ke Hospital Pantai Bangsar selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Serdang sebelum ini.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya
Tidak lupa juga, Ahmad Firdous mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang menjaganya serta orang ramai yang mendoakan kesihatannya.
“Terima kasih semua yang mendoakan saya, perjuangan harus diteruskan. Doakan saya sembuh, sentiasa fikiran positif.”
“Terima kasih doktor dan jururawat yang merawat saya,” ujarnya.
Saya akan lebih positif
Kini, Ahmad Firdous mengatakan bahawa dia akan lebih positif kerana dia akan memulakan rawatan antibiotik untuk melawan wabak berkenaan dan kembali sihat seperti dahulu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar Ahmad Firdous terus kuat dan kembali sihat.
Selain itu, mereka juga turut berkongsi kisah dan pengalaman berdepan dengan wabak berkenaan.
The post “Paru-paru rosak akibat C19” Abang Siti Sarah Masih Perlu Bantuan Oksigen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3t3olYJ
via IFTTT
0 Response to "“Paru-paru rosak akibat C19” Abang Siti Sarah Masih Perlu Bantuan Oksigen"
Post a Comment