Suami Asyik Beli Jam, Isteri Masuk Live Minta Jangan Jual Pada Suami

Peniaga online era kini rata-rata menggunakan platform atas talian untuk mencari sumber pendapatan.

Kini ramai peniaga yang menggunakan cara live untuk review barangan mereka kerana ia lebih mudah dan pantas mendapatkan pelanggan.

Tidak dinafikan jika sesiapa yang menyertai sesi jualan live seperti itu pastinya akan leka sehingga sanggup menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk mendapatkan barangan yang mereka mahukan.

Namun para peniaga juga harus melayan karenah-karenah pelanggan mereka yang pelbagai.

Itulah yang berlaku kepada seorang peniaga yang telah di ditegur oleh seorang wanita di dalam live di Facebook gara-gara telah ‘meracun’ suaminya membeli jam berjenama G-Shock.

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh pengguna bernama Erin, suaminya sering menonton dan membeli jam berjenama G-Shockitu di siaran langsung Facebook walaupun sebenarnya dia telah pun mempunyai banyak koleksi jam di rumah.

“U jangan jual sama suami saya ok”

“Nama dia Zakuan Chor”

Di dalam video tersebut, Erin telah meminta peniaga itu untuk tidak menjual pada suaminya yang bernama Zakuan Chor.

Lebih menghiburkan apabila peniaga tersebut melayan permintaannya dan menetapkan permintaan itu di ruangan komen.

Malah, penjual itu turut menghormati permintaanya dan akan memberitahu suaminya bahawa nama Zakuan Chor sudah disekat daripada pembelian jam tangan di kedai itu.

Jika suaminya nekad ingin meyertai dia perlulah meminta izin wanita itu terlebih dahulu.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi dan tindakan isteri lelaki tersebut malah ada juga yang memuji peniaga tersebut kerana melayan permintaan pelanggan dengan baik sekali.

“hahaha ko tengok the power of mak mak and wife seller pun tacod”

“Sama macam laki aku, masuk dalam bid jam. kemain lepas nama dia , nama dia lagi”

“Wife dia garang mat, seller pun tunduk”

Video tersebut telah mendapat sebanyak 738.6 Ribu tonton, 86.8 Ribu tanda suka dan 1592 komen ketika artikel ini ditulis.

 

Video tular di Tiktok

@erinladollybeli jam banyak2, pakainya 1 🤨 ##fyp ##fypシ ##fy ##fypage ##gshockmalaysia ##gshock

♬ original sound – eld

The post Suami Asyik Beli Jam, Isteri Masuk Live Minta Jangan Jual Pada Suami appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3B8SwAE
via IFTTT
loading...

0 Response to "Suami Asyik Beli Jam, Isteri Masuk Live Minta Jangan Jual Pada Suami"

Post a Comment