Siapalah kita untuk menolak takdir Allah SWT. Sebagai orang islam kita tahu bahawa setiap ujian yang Allah beri adalah tanda bahawa kita mampu dan kuat untuk menghadapinya.
Itulah yang terjadi kepada seorang penyanyi Elyana yang sudah lebih 10 tahun menghidap penyakit kanser limfoma.
Berasa semakin lemah dan tidak berdaya menahan sakit
Menerusi perkongsian Elyana di ‘story’ Instagram, baru-baru ini dia telah meluahkan isi hatinya mengenai perjalanan dalam menerima rawatan bagi penyakit yang dihadapi penyanyi ini.
Katanya selama ini dia masih mampu menahan kesakitan yang ada namun kini dia berasa semakin lemah dan tidak berdaya menahan sakit.
Seluruh badan saya seperti disiat dan ditoreh
“Boleh dikatakan seluruh badan saya seperti disiat-siat dan ditoreh-toreh.”
“Dari bahagian pinggul, dada, belakang badan dan kaki semuanya sakit. Sakit yang tidak tahu bagaimana untuk saya ungkapkan.”
Tidak tahu sampai bila mampu bertahan
“Jujur saya rasa lemah dan seakan-akan hilang arah, tidak tahu sampai bila mampu bertahan.”
Tambah penyanyi itu lagi dia beranggapan sakit yang dirasai itu mungkin disebabkan kesan sampingan daripada terapi dan vaksin yang diambil.
Mungkin kesan radioterapi yang saya jalani
“Mungkin sebab kesan daripada radioterapi yang saya jalani sebelum ini dan vaksin kedua Covid-19 yang saya ambil minggu lalu,”
Menurut pelakon yang popular menerusi drama Dunia Baru ini, dia tidak mahu kelihatan lemah di depan anak- anak.
Tambahan pula, anak dan ibunya bakal menyambut ulang tahun kelahiran. Elyana mahu meraikan mereka dahulu sebelum berfikir tentang dirinya.
Biarlah saya raikan mereka dahulu
“Jumaat ini ulang tahun kelahiran anak sulung, manakala 1 September depan pula hari ulang tahun ibu tercinta saya.”
“Biarlah saya raikan mereka dahulu. Lepas itu baru fikir fasa kemoterapi.”
View this post on Instagram
Saya tiada pilihan, tetap kena buat juga
“Kalau ada pilihan memang saya tidak mahu jalani kemoterapi, tetapi saya tiada pilihan. Hendak atau tak, tetap kena buat juga,” ujarnya.
Terbaharu, Elyana telah memuat naik ‘story’ sekali lagi dan meluahkan rasa tidak terdaya dirinya untuk melihat anak dan hanya mampu mendengar suara sahaja kerana hanya boleh terlantar di katil.
Terbaring dalam bilik sambil dengar suara anak
Selain itu, penyanyi ini juga memohon orang ramai mendoakan kesihatan dirinya agar dia boleh kembali kuat demi keluarga dan hidup seperti biasa.
“Sakit yang tak pernah surut. Terbaring dalam bilik sambil dengar suara anak. Kau nak, tapi tidak ada daya.”
Semoga aku diberi peluang untuk merasa sihat
“Semoga aku diberi peluang untuk merasa sihat. Masih adakah peluang? Menahan sakit itu penat, lalu harus ku paksakan diri untuk kuat demi mereka.”
Terdahulu, penyanyi itu telah memaklumkan kanser yang dihidapinya sudah memasuki tahap lima.
View this post on Instagram
Kanser sudah merebak ke beberapa organ
Malah, penyakitnya telah menyerang serta merebak ke beberapa organ badannya termasuk rahim, hati dan pangkal paha.
Elyana membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.
The post [VIDEO] “Badan seperti disiat-siat,” Walau Semakin Lemah, Elyana Sanggup Tangguh Terapi Demi Raikan Anak appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/2WwRmjS
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] “Badan seperti disiat-siat,” Walau Semakin Lemah, Elyana Sanggup Tangguh Terapi Demi Raikan Anak"
Post a Comment