Jenayah samun bukanlah suatu perkara baru di negara ini. Sering kali kita dengar banyak kes seperti ini menghiasi dada-dada akhbar.
Malah, sering kali kita diingatkan untuk berwaspada tambahan pula golongan wanita antara sasaran utama dalam jenayah ini.
Hari ini, kecoh di dada akhbar tentang seorang remaja perempuan yang cedera pada tangan kanan selepas diserang tiga lelaki.
Tangan gadis berusia 17 tahun itu terpaksa dipotong
Difahamkan, kejadian yang berlaku di Jalan Kuching pada Khamis lalu menyebabkan salah seorang dari mangsa kejadian terpaksa dipotong tangannya.
Mangsa masih dirawat di HKL
Menurut Asisten Komisioner Beh Eng Lai yang juga merupakan Ketua Polis Daerah Sentul berkata, bagi menyelamatkan nyawa mangsa, doktor yang merawat gadis berusia 17 tahun itu terpaksa memotong tangan kanannya pada Jumaat lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, Mangsa yang menerima lanjut rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Sementara itu, seorang lagi mangsa lelaki dalam kejadian tersebut turut cedera di bahagian muka dan badan.
Polis masih mengesan ketiga-tiga suspek kejadian
“Setakat ini, polis masih mengesan ketiga-tiga suspek dan belum ada tangkapan dilakukan,” katanya
Seperti yang kita sedia maklum, Sepasang kekasih ini cedera selepas diserang tiga lelaki dalam kejadian samun motosikal di Jalan Kuching menghala pusat bandar di sini pada Khamis, 12.10 tengah malam.
Mangsa didatangi dua lelaki menaiki motosikal
Mengulas lanjut, mangsa dan teman wanita menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal Honda RS150 warna kelabu.
Suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan. Malah, suspek turut melarikan motosikal milik mangsa nombor pendaftaran VFU 814.
Suspek libas mangga rantai motosikal pada belakang topi keledar mangsa
“Suspek menarik tangan mangsa dan melibas mangga rantai motosikal pada bahagian belakang topi keledar dipakai mangsa.”
“Mangsa kemudian membuat pusingan dari Jalan Kuching menghala ke pusat bandar.”
“Namun sekali lagi dihimpit motosikal sama dan suspek menendang motosikalnya sehingga menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan,” kata Asisten Komisioner Beh Eng Lai
Saksi kejadian diminta tampil
“Polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.”
“Saksi kejadian atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206,” katanya.
Penghantar makanan disamun, tangan terpaksa dipotong
Sementara itu menerusi satu perkongsian di salah satu perkongsian di group Kelab Yamaha LC 135, seorang pengguna berkongsi info mengenai kejadian itu.
Menurut ahli keluarga Nur Azizah ketika dihubungi FMT berkata, doktor tidak dapat dapat menyelamatkan tangan kanannya yang sudah tidak boleh lagi berfungsi walaupun saluran darah utama sudah dijahit.
Tangan dah membiru dan sudah tidak boleh berfungsi
“Doktor buang tangan kanan dia (Nur Azizah) sampai paras bahu, masa masuk kecemasan doktor sudah jahit saluran darah utama.”
“Tetapi pagi semalam (Jumaat) doktor tengok tangan dia dah membiru, sudah tidak boleh berfungsi jadi doktor telefon waris nak minta kebenaran potong tangan,” katanya abang saudara mangsa yang enggan namanya disiar.
Dia anak yatim dan anak sulung dari lima beradik
Nur Azizah yang kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan anak sulung kepada lima orang adik beradik.
Menurut abang saudara mangsa, selepas bapanya meninggal dunia, Nur Azizah yang tinggal di PPR Beringin Jinjang mengambil tanggungjawab membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual dan membuat perkhidmatan menghantar makanan.
Dia bantu cari rezeki dengan hantar makanan
“Dia anak sulung cari rezeki siang malam hantar makanan, tapi dia dianiaya sampai kudung tangannya.”
“Dia merupakan anak yatim dan dia disamun ketika sedang keluar cari rezeki,” katanya.
Tambahnya lagi, selaku abang saudara mangsa, dia sangat berharap agar tiga suspek berkenaan berjaya ditangkap dan mendapat hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.
Kami akan pastikan susperk dapat hukuman setimpal
“Kepada penyamun ingat ya… dia ada abang saudara yang masih hidup, mak saudara yang masih hidup.”
“Kami akan pastikan ketiga-tiga suspek mendapat hukuman setimpal dengan undang undang di Malaysia,” katanya.
Kes yang tular ini mendapat perhatian daripada warga netizen yang rata-rata marah dan tidak puas hati dengan sikap manusia yang pentingkan diri seperti ini.
Lepas ni sapa nak tanggung family dia
Manakan tidak, bukan sahaja mencuri motosikal malah mencederakan orang lain sehingga perlu dipotong anggota badan bagi menyelamatkan nyawa. Memang tak punya hati perut!
Menijau di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi daripada netizen namun ada satu komen yang membuatkan orang ramai bertambah sedih.
Kerja keras bantu keluarga
Gadis ini merupakan anak yatim piatu dan juga anak sulung daripada 5 beradik. Dia bekerja keras demi menyara keluarganya.
Benar kata orang, dunia ini berputar bagai roda, hari ini mungkin suspek terlepas tapi hari esok atau lusa tiada siapa yang tahu. Kifarah itu pasti.
The post “Dia anak yatim disamun ketika cari rezeki,” Tangan Gadis 17 Tahun Terpaksa Dipotong appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3ysU5HQ
via IFTTT
0 Response to "“Dia anak yatim disamun ketika cari rezeki,” Tangan Gadis 17 Tahun Terpaksa Dipotong"
Post a Comment