Pemilik nama Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza binti Othman sering menjadi perhatian para netizen.
Gosip hangat tentang usahawan kosmetik ini dengan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi mendapat perhatian warga netizen di media sosial lagi-lagi di aplikasi Instagram.
Biar pun begitu, Iqbal, 27, akhirnya tampil menjawab beberapa spekulasi dan mempersoalkan mengenai kriteria calon suami yang dinyatakan oleh Vida setelah acap kali dikaitkan dengan Jutawan tersebut.
“Saya ada baca syarat-syarat bakal suami yang dia mahu… tapi saya pun keliru, dia kata mahu lelaki yang sama level dan seusia dia tapi kalau ingat dulu dia pernah kata mahu yang muda, sekarang taste lain pula”
“Kalau nak cakap fasal kaya… saya akui saya tidaklah terlalu kaya tapi sekarang ini saya sedang bekerja keras ke arah itu dan kewangan jauh lebih baik daripada dulu.
“Kalau setakat nak tanggung dia saya masih mampu, sebulan RM1 juta pun InsyaAllah masih boleh.
“Sejujurnya saya pun tak tahu hati dia terhadap saya macam mana, dia seolah-olah tak nak mengaku perasaan itu. Saya tahu dia nak kahwin tapi tak yakin,” katanya lagi
Iqbal juga turut memaklumkan bahawa dia mampu beri nafkah zahir dan batin.
Dalam pada yang sama, Iqbal memaklumkan mereka masih berkawan baik, namun mengakui soal hati masih tiada jawapan sehingga kini, lapor mStar.
“Hubungan kami pernah bermasalah pada tahun 2017, tapi sekarang ni kami baik dan rapat semula. Setiap hari kami berhubung melalui panggilan telefon, berborak mengenai pekerjaaan dan hal peribadi.
“Tapi sejauh mana hubungan istimewa itu saya pun tak tahu, dia tak pernah mengakui tentang hal itu… sejujurnya hati saya terhadap dia masih sama.
“Biarlah saya berterus terang, pada tahun 2018 kami hampir berkahwin, dia pun dah jumpa famili saya dan kami pun dah buat ujian kesuburan, kami berdua okay untuk teruskan ke fasa baharu tapi niat itu tak kesampaian dan saya reda sahaja,” ujarnya.
“Saya dapat rasakan untuk kami melangkah ke alam perkahwinan memang tak boleh sebab dia perlu fikir anak-anak dan banyak hati kena jaga.”
Biarpun begitu, menurut Vida yang juga merupakan penyanyi ‘I Am Me’, dia masih trauma dengan perkahwinan terdahulu dan perlu lebih berhati-hati dalam memilih bakal suami.
“Memang ramai yang nak tengok saya berpasangan, mereka kata apabila berkahwin itu akan melengkapkan kehidupan saya.”
Dato Seri Vida nafi sekerasnya akan kenyataan bahawa dia mempunyai hubungan dengan bekas pembantu peribadinya
“Tak kurang juga ada pengikut minta saya tumpu pada anak-anak sahaja. Sejujurnya pilihan ke arah hidup berpasangan itu memang ada.
“Tapi saya takut, rasa trauma dengan perkahwinan dahulu. Itu membuatkan saya lebih berhati-hati… nak kata serik pun ya juga,” katanya Vida
“Buat masa ini saya tak terfikir pun nak kahwin lagi. Anak-anak, keluarga dan perniagaan merupakan keutamaan saya.
“Kalau ada jodoh sekalipun saya nak cari yang level-level saya, maksudnya daripada segi umur, pengalaman, kaya of course (semestinya),” ujarnya.
Walaupun begitu, Iqbal mengakui masih menyimpan perasaan terhadap Vida.
“Saya dapat rasakan untuk kami melangkah ke alam perkahwinan memang tak boleh sebab dia perlu fikir anak-anak dan banyak hati kena jaga. Saya tahu dia trauma dengan perkahwinan sebelum ini.
“Saya pun tak mahu putus kawan, biarlah kami terus berkawan macam biasa. Kalau kita teruskan ia akan jadi lebih complicated… sayang itu ada tapi saya sedar jika saya saja terhegeh-hegeh pun tak akan jadi apa.
“Saya pun tak nak orang kata saya menumpang dia. Saya takut menunggu tapi hujung-hujung tak jadi apa! Kalau ada jodoh, ada la,” katanya.
View this post on Instagram
Terdahulu, Datuk Seri Vida memaklumkan andai punya jodoh lagi dia akan memilih bakal suami yang setaraf dengannya saja.
Menurut Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, dia akan mencari calon yang mempunyai kestabilan dari segi ekonomi dan sebaya usianya.
“Ada ke lelaki yang nak dekat saya? Tengoklah saya jenis brutal (lasak) gini (macam ini). Semua buat, takut lari saja nanti.
“Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa, anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya.
“Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti),” ujarnya dengan berseloroh di akaun Instagram miliknya.
Dalam hantaran perkongsian video berdurasi hampir tujuh minit itu, Vida menunjukkan dia sedang bekerja dengan berdiri di atas pengangkat jentera.
View this post on Instagram
Dato Seri Vida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan penceraian.
DSV dikurniakan empat orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama dengan Mohd Amin Yasin.
Bagaimanapun, anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013.
DSV kini membesarkan dua lagi anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B, 16, dan Eric Zaquan, 14.
The post [VIDEO] Bekas PA Datuk Seri Vida Dedah Hampir Kahwin, Dah Siap Buat Ujian Kesuburan appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3DpjjKW
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] Bekas PA Datuk Seri Vida Dedah Hampir Kahwin, Dah Siap Buat Ujian Kesuburan"
Post a Comment