Pelakon Erra Fazira bukanlah nama asing dalam industri. Erra antara barisan artis yang masih lagi menghiburkan penonton dengan bakat lakonan mereka.
Erra juga sering berkongsi perkembangan dirinya di media sosial dan beliau mempunyai 3.7 juta pengikut di laman Istagram.
Kemesraan Erra dan Engku Aleesya
Sejak kebelakangan ini, pelakon cantik Erra Fazira sering memuat naik video bersama anak perempuannya iaitu Engku Aleesya di laman Instagram.
Beberapa video yang dimuat naik pelakon itu memaparkan keakraban dan kemesraan dua beranak ini.
Erra buat cabaran #dayinmylifechallenge
Menerusi video terbaru yang dimuat naik oleh Erra menyahut cabaran yang trending di laman TikTok iaitu #dayinmylifechallenge.
Dalam video tersebut pelakon ini menceritakan segala rutin hariannya di hadapan Engku Aleesya.
Pecah rahsia Erra Fazira.
Video pendek berdurasi 2:05 minit yang dimuat naik di Instagram rasmi Erra Fazira itu menyaksikan gelagat comel dua beranak ini.
Untuk memenuhi kateria cabaran #dayinmylifechallenge ini, Erra Fazira menceritakan rutin harian yang dilakukannya setiap hari di hadapan Engku Aleesya.
Aleesya ketawa besar dengan rutin harian ibunya
Apa yang menarik adalah pengakuan Erra mengenai rutin hariannya itu membuatkan anaknya itu ketawa besar.
“Saya bangun pukul 6 pagi. Kita solat Subuh dulu, lepas solat Subuh saya akan pergi ke pasar untuk beli barang sarapan.”
“Lepas tu terus siapkan sarapan sebab nak siapkan makanan untuk Aleesya. Dah buat sarapan, I pergi jogging.”
Don’t do that Mom
Paling menghiburkan apabila Engku Aleesya cuba untuk tahan ketawa mendengar cerita dari ibunya. Malah, dia turut menafikan rutin harian yang dikongsikan Erra Fazira itu.
“Don’t do that Mom. You wake up Subuh then you sleep like 10 more minutes then go back to sleep.”
You so fake on camera
“At 10 am, you wake up, you shower then go downstairs, you wait for me to finish class. Don’t do that mom, you so fake on camera.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua beradik ini dalam video tersebut.
Netizen puji kemesraan dan keakraban dua beranak ini
Malah mereka turut memuji kemesraan dan keakraban Erra dan juga anak perempuannya itu.
Perkongsian di laman Instagram pelakon itu turut mendapat hampir 200,000 tontonan setelah dimuat naik 6 jam lepas.
View this post on Instagram
The post [VIDEO] “You so fake..” Aleesya Tak Tahan Gelak Erra Fazira ‘Sembang’ Pergi Pasar, Jogging & Memasak.. appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3jfM2ds
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] “You so fake..” Aleesya Tak Tahan Gelak Erra Fazira ‘Sembang’ Pergi Pasar, Jogging & Memasak.."
Post a Comment