Perniagaan Dah Mati, Lelaki Ini Terpaksa Jual Baju Sendiri, Isteri & Anak

Jumlah kes jangkitan positif pandemik yang melanda negara masih berada di tahap yang membimbangkan.

Oleh yang demikian, kerajaan mengambil langkah untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

Namun begitu, ramai yang terkesan ekoran dari penularan pandemik ini. Ada yang terjejas perniagaan, ada yang gulung tikar dan ramai diluar sana yang bergelut mencari peluang pekerjaan.

Atas sebab terdesak kami jual pakaian anak beranak

Begitu juga dengan seorang lelaki ini yang terpaksa menjual barang peribadi demi meneruskan kelangsungan hidup kerana terkesan dengan pandemik yang melanda negara.

“Assalamualaikum. Atas sebab terdesak, kami suami isteri decide untuk jual pakaian kami anak beranak. Perniagaan kami dah mati.

Saya perlukan duit untuk standby kelahiran anak kedua 

“Amat perlukan duit untuk standby kelahiran anak kedua tak lama lagi. Baju lelaki saiz S dan M, perempuan S, baby girl 6-12 bulan. Minta bantuan semua untuk RT,” tulisnya di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 23,000 kali.

Menurut lelaki berusia 29 tahun itu memberitahu, dia mula mengusahakan gerai makan tujuh tahun lalu sebelum dikembangkan kepada kedai makan tiga tahun kemudian.

Bisnes kedai makan terjejas

Dia yang mahu dikenali sebagai Karim, katanya, kedai makannya itu terpaksa ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Bisnes kedai makan terjejas, tak dapat pusing modal dan tak ada duit nak bayar sewa.”

“Saya dan isteri kemudian tumpang buka gerai minuman di sebuah restoran, jual air batu campur (ABC) dan lai chi kang.”

Saya pernah ada hanya beberapa ringgit di tangan

“Namun sejak PKP 2.0 awal tahun ini, dan terbaharu PKP 3.0, bisnes di restoran itu juga tidak menguntungkan.

“Apatah lagi gerai air saya dan kami membuat keputusan untuk berhenti. Saya pernah cuma ada hanya beberapa ringgit di tangan,” katanya kepada mStar.

Pada asalnya saya nak jual sofa dan meja makan

Ujar Karim lagi, dia terdesak untuk mencari wang ketika PKP 3.0 berikutan isterinya yang berumur 29 tahun sedang hamil anak kedua dengan usia kandungan memasuki enam bulan.

“Pada asalnya saya nak jual sofa dan meja makan di rumah. Tapi melihatkan isteri yang sedang hamil dan perlukan keselesaan berada di rumah, saya tak sampai hati.”

Baju yang saya jual baju kami sendiri

“Jadi, saya ambil keputusan untuk menjual baju-baju terpakai kami anak beranak. Baju saya, isteri dan seorang anak perempuan yang berusia setahun enam bulan.”

“Benar, bukan baju-baju bundle (terpakai) milik orang. Tapi yang saya nak jual tu adalah baju-baju kami sendiri, yang masih elok untuk dipakai,” ujarnya yang berasal dari Johor.

Saya terdesak sebab tak banyak baju kami untuk dijual

Menurut Karim, pada mulanya dia terpaksa meletakkan harga sedikit tinggi untuk disenaraikan di laman sosial kerana begitu terdesak untuk mencari pendapatan.

“Pada hari pertama, saya letak harga setinggi RM40 dan serendah RM15. Saya tahu baju-baju tu adalah second hand dan bukan saya sengaja letak semahal itu.”

Alhamdulillah 10 helai baju terjual pada hari pertama

“Tapi saya terdesak sebab tak banyak baju kami untuk dijual. Alhamdulillah kira-kira 10 helai terjual pada hari pertama,” katanya yang kemudiannya mengurangkan harga baju terpakai yang dijual kepada setinggi RM20 sehelai bermula hari kedua.

Kongsi Karim lagi, dia bagaimanapun tidak menyangka perkongsiannya di laman Twitter menjadi tular sehingga ramai yang menawarkan diri untuk membantunya.

Saya mahu buktikan diri mampu cari duit sendiri untuk keluarga

“Saya berterima kasih, tapi minta maaf kerana terpaksa tolak. Saya tidak mahu bantuan duit. Sebab sebelum ini saya sering dikutuk dan dihina atas apa yang saya lakukan.”

“Sebagai ketua keluarga, saya mahu buktikan diri juga mampu cari duit sendiri dalam apa jua usaha yang dilakukan, termasuklah menjual baju kami anak beranak,” katanya sambil menambah dirinya yang menghidap penyakit misteri turut menyukarkannya untuk keluar bekerja.

Namun begitu, dia tidak pernah berhenti berharap untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan isteri dan anaknya, termasuk bayi yang bakal dilahirkan.

Saya stress sampai nak call talian hotline

“Dulu saya terlalu stres sampai nak call talian hotline untuk meluahkan perasaan, tetapi kini sedikit bersemangat apabila ada pihak yang membeli baju-baju second hand kami.”

“Saya merancang untuk menjadi reseller jual produk makanan secara online dari rumah, saya berharap ada pihak yang sudi menawarkan peluang dan bantuan untuk kami berniaga,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga.

Mereka juga turut mendoakan agar keluarga ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk menyambut kelahiran anak kedua mereka.

The post Perniagaan Dah Mati, Lelaki Ini Terpaksa Jual Baju Sendiri, Isteri & Anak appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/2T0boS4
via IFTTT
loading...

0 Response to "Perniagaan Dah Mati, Lelaki Ini Terpaksa Jual Baju Sendiri, Isteri & Anak"

Post a Comment