Baru Terima Rawatan di Klinik, Pemuda 26 Tahun Murung Terjun Tingkat 10 Pangsapuri

Akibat berdepan masalah kemurungan sejak perniagaan diusahakannya gagal, seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat 10 pangsapuri di Jalan Bagan Ajam, di sini, petang semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki berusia 52 tahun yang juga pengerusi pangsapuri pada jam 6.45 petang berhubung insiden itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 26 tahun memasuki kawasan pangsapuri dengan menaiki motosikal melalui laluan utama.

“Mangsa terus menaiki lif ke tingkat 10 sebelum duduk melunjur kaki keluar di balkoni kaki lima dan secara tiba-tiba terjun ke bawah.

“Mangsa maut ekoran kecederaan parah dialaminya,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Hasil soal siasat ke atas isteri mangsa yang juga berusia 26 tahun, beliau memaklumkan suaminya mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu dan pernah menerima rawatan di sebuah klinik swasta, empat hari lalu.

“Bapa kepada dua cahaya mata berusia empat dan dua tahun itu mula kemurungan selepas perniagaan yang diceburi gagal dan mengalami kerugian.

“Siasatan ke atas mayat mangsa tidak menemui sebarang elemen jenayah,” katanya.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, kejadian tersebut sempat dirakam orang awam sebelum video rakaman berkenaan tular di media sosial.

Video tular di laman Facebook

The post Baru Terima Rawatan di Klinik, Pemuda 26 Tahun Murung Terjun Tingkat 10 Pangsapuri appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3jaqJu6
via IFTTT
loading...

0 Response to "Baru Terima Rawatan di Klinik, Pemuda 26 Tahun Murung Terjun Tingkat 10 Pangsapuri"

Post a Comment