Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak, namun bukan semua mampu memberikan kemewahan.
Malah lebih menyedihkan ada yang tak mampu menyediakan keperluan disebabkan kesempitan hidup.
Seperti satu kisah yang dikongsikan oleh Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Kebajikan Fisabilillah Negeri Terengganu ini yang sangat menyayat hati sepanjang menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut mereka, ada sebuah keluarga terpaksa memberikan air rebusan beras bagi menggantikan susu untuk anak kecil yang kelaparan kerana tidak cukup wang bagi membeli susu.
Menurut Setiausahanya, Muhammad Syariezal Ab Rashid berkata, terdapat banyak pengalaman pahit manis ditempuhi pihaknya sepanjang menghantar bantuan.
“Ada keluarga yang terpaksa meminta susu daripada jiran kerana anak kelaparan.
“Ada juga yang memberi susu pekat manis untuk diminum anak yang masih kecil,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya lagi, kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka yang menerima sumbangan terutama susu dan lampin pakai buang.
“Apabila kita hantar susu dan lampin pakai buang, berlinang air mata mereka. Ada yang memeluk erat susu yang baru diberikan.
“Ternyata banyak keluarga yang terkesan sepenuhnya akibat pandemik ini.
“Ada juga yang memberitahu mereka kini tiada lagi wang simpanan di bank untuk dibelanjakan, malah ada juga yang telah dibuang kerja,” ujarnya.
Sehingga kini, katanya, seramai 4,000 keluarga yang dibantu sejak pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu.
“Kami bergerak sebagai badan NGO yang menyalurkan hasil sumbangan orang ramai. Kita menyasarkan untuk membantu seramai mungkin mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di Terengganu,” jelasnya lagi.
The post Tak Ada Duit Nak Beli Susu, Terpaksa Beri Anak Minum Air Rebusan Beras appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3y0kOM9
via IFTTT
0 Response to "Tak Ada Duit Nak Beli Susu, Terpaksa Beri Anak Minum Air Rebusan Beras"
Post a Comment