Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra, bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap seribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.
“Perlaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
“Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021,” katanya dalam perutusan khas, sebentar tadi.
Dalam pada itu, kerajaan akan memberi Bantuan Khas C19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, M40 dan B40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.
“Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
“Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan November 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Isnin.
Bagi kategori isi rumah B40 pula, jelas Muhyiddin akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember, manakala golongan bujang B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada Ogos.
“Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 ringgit pada bulan Ogos nanti,” jelasnya lagi.
Dalam pengumuman sama, Muhyiddin turut memaklumkan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso tahun 2021.
Bantuan itu dijangka memanfaatkan sehingga satu juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan RM500 juta.
The post “i-Citra – Ahli KWSP boleh buat pengeluaran sehingga RM5000.” – Perdana Menteri appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3x1mqFt
via IFTTT
0 Response to "“i-Citra – Ahli KWSP boleh buat pengeluaran sehingga RM5000.” – Perdana Menteri"
Post a Comment