Masa aku balik rumah, anak2 sedara aku ᴍᴇɴɢᴀᴅᴜ. Diorg nak makan nasi goreng pun kene ᴍᴀʀᴀʜ. Besar kepala plak sᴇᴛᴀɴ2 tu.

Salam, readers. Ini shuya. Terima kasih di atas nasihat dan sokongan semua tu. Menangis aku baca komen korang yg baik2 tu. Kpd yg senasib, tabahkan hati ye. Ada yg siap offer carikan kerja lg. Sumpah terharu.

Tp janganlah sumpah seranah mak. Semua manusia buat silap kan. Silap dia cuma satu, dia terlepas pandang psl hati dan perasaan aku. Maybe aku kebal dgn kerenah adik beradik y lain so dia assume aku ni sentiasa okay je.

Silap aku jugak sbb aku lemah tak membantah atau melawan sbb aku sayang mak. Sayaaaang sgt. Mmg normal lah bila jd anak tengah kan.

Ini last post drp aku memandangkan ramai nak tahu sambungannya. Tapi mana ada endingnya kan melainkan aku mati. Aku pun taktau dugaan apa lg nk dtg. So aku pilih apa yg terbaik je tuk masa sekarang ni.

Hari tu adik bawak bapak gi hospital sbb aku dmam. abih sume date tuk temujanji clash ngan tarikh temujanji kt unit lain. Aku suh tukar ubat dia kata malas nk menunggu sbb org ramai sgt.

The hell ubat2 dia buat main camtu??? Satu apa pun tak boleh diharap. Aku jgk yg kena tebalkan muka gi settle semua tu. Kena marah ngan nurse plak .

Allah..nak lari rumah pun kena amik kira semua ni jugak. Bukan senang tau nak jaga orang tua. Tapi aku ikhlas jaga bapak. Dapat peluang potong kuku dia pun aku rasa happy weh.

Tidur kt sebelah dia pun boleh rasa tenang. Tah kenapa. Peluang buat pahala katakan. Kalaulah bapak sihat mcm dulu . Takpelah. Lepas bapak sakit lah aku betul2 belajar berdikari. Itulah hikmahnya kut.

Ye lah selama 20 tahun lebih tak pernah memberontak tup2 mengamuk abih keluar semua yg terpendam sapa tak terkejut kan. Tapi kakak tak bagi aku balik gombak.

Dia suh aku keja kt mana2 and akan carikan bilik sewa tuk aku tp dgn syarat aku kena selalu balik jenguk mak bapak. Kakak jgk janji akan tlg aku buat rawatan.

Hal ubat ke apa kakak akan ikhtiarkan. Kakak aku ni baik sgt tp dia ni jenis workaholic so dia taktau cerita psl aku. Biarlah aku pun taknak kacau dia.

Bila mak mengadu kt dia baru dia tahu aku ni happy kt dpn dia je tp hati rentung terbakar dgn sikap pilih kasih mak. Aku tak pikir panjang pun. Aku terus counter- offer ckp boleh tp syaratnya, aku taknak sesiapa pandai2 atur urusan hidup aku lagi dah.

Pasal tunang tu, aku mintak kakak je pegi rumah lelaki tu pagi ni and mintak putus elok2. Nak kawin apenye, mcm bertunang ngan tunggul kayu. Tak pernah tanya khabar psl aku.

Tapi pelik. Mak dia sayang gila kt aku. Mak je baik tp anak hati dingin tak guna gak. Tah2 lepas kawen. Aku jd kain buruk dia plak. Eh tolong lah. Aku pun nak upgrade diri jd kain baru plak.

Kain chiffon ke, sutera ke.. Haha.. Mesti dia stress kan kena bertunang ngan aku. Dahlah tak cantik. Tak moden plak tuh. Muslimah sejati jauhhhhh sekali. Hahaha

Adik beradik lelaki semua tak kata apa. Nasib baik jugak. Kalau tak haru biru jadinya. Tapi aku harap bila aku keluar dr rumah ni nanti diorang tak buat mak mcm kuli.

Ikutkan hati nak je tabur serbuk lada kt tempat tido diorang tp sia2 je. Tak pasal plak mak sumpah aku mcm2.

Aku dh buat keputusan nanti aku nk mintak maaf ngan mak elok2 tp aku nk tunggu bila semua dh takde so nanti takde iblis penyibuk yg jd pihak ketiga antara kami.

Aku nak luah semua yg terbuku tp aku kalau boleh nk elakkan drp salahkan mak sepenuhnya. Paling penting, aku nak tau kenapa dia buat aku camtu? Kenapa aku sorang je yg dia layan teruk?

Kenapa dia tak pernah peluk aku mcm dia buat kt yg lain? Lastly, aku nk dia izinkan aku ikut haluan sendiri and dia tak boleh harapkan aku sepenuhnya.

Lambat laun aku mmg tinggalkan rumah jgk kn. Semoga Allah lembutkan hati mak. Sayang mak. Shuya takkan derhaka ngan mak. Cuma shuya nk mak tau shuya juga ada hati dan perasaan. :’)

Reaksi warganet.

Hafizuddin Mohamed – u are the best shuyaa..keep strong..anda someone yg sgt baik..hati awak buat sy yg bc crita awak wanna make u my wife..hehehe..awak ank n perempuan terbaik pernah saya jumpa..u have a great heart..

Shakirah Hasman – sekiranya sy jd laki pon.sy nk buat dia jd isteri .masyaAllah ..moga Allah beri suami yg terbaik setelah ujian demi ujian shuya lalui.sy yakin dan percya setiap kesusahan da kebahagian.sb awk ank yg solehah.rajin .serba boleh dlm stiap urusan.sy teringin nk jd sebahagian shbt awk.moga Allah perkenankan hajat ini.Allahhuakbar .cerita awk inspirasi utk sy jd lbh baik .love u shuya coz Allah

Farhana Izmira CJ – Kak shuya, cuba baca ayat qursi, tiga qul dgn surah alfatihah. Selawat banyak2 pastu tiup2 sket. Ustaz saya ajar ni cara nak halau iblis dan syaiton serta jin2 jahat. Tak pun pasang bacaan quran kuat-kuat. Kot laa yg tiga iblis tu hilang terus lepas tu.

Shikin Nasir – Mungkin elok juga putus tunang tu..nanti jadi cam kes yaya plak.kawen, jap lagi laki berkenan kt org lain plak.kawen semata2 nk puaskn hati mak bapak. All the best shuya..be strong! 

Lyana Ahamad – Alhamdulillah, In shaa Allah mak awak pun tunggu saat berdua je dgn awak. Kami doakan kalian berbaik dan menjadi lebih baik. Aminnn, be happy dear. Jgn sesedih lagi. Kami kat sini sentiasa sokong saudari.  

Ilham Hati – Even seteruk mana situasi awak, awk still berfikiran waras. Segala tindakan mst awk pikir rasionalnya. Baik buruknya, langsung xberemosi. Allahh. Blh nmpk matang and positif sngt awk nih. Komen2 pon bnyk syorkn tindakan yg lbh pd emosi. Even sy pon komen cmtu. Huuu. Apape pon awk lg tahu situasi awk. Pilih la mne yg trbaik. All the best ye shuya!!
Sy blajar sesuatu dr awk 

Awrtilya Mikel – Ambiklah masa untk tenangkan jiwa..you are strong..mula2 baca confession yg first aku ingtkan lelaki..sebab semua yg diceritakn buat kerja yg cukup lasak.Allah bless u forever.. 



from Online https://ift.tt/2TWPyPs
via IFTTT
loading...

0 Response to "Masa aku balik rumah, anak2 sedara aku ᴍᴇɴɢᴀᴅᴜ. Diorg nak makan nasi goreng pun kene ᴍᴀʀᴀʜ. Besar kepala plak sᴇᴛᴀɴ2 tu."

Post a Comment