[VIDEO] “Orang niaga makanan kau pun nak..” Chef Wan Tegur Aliff Syukri, Minta ‘Hire’ Pakar Untuk Bantu Perbaiki Resipi

Siapa tak kenal dengan cef selebriti tersohor, Datuk Redzuwan atau lebih popular dengan panggilan Chef Wan.

Terbaru Chef Wan, tampil menegur usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri selepas namanya disebut oleh pelakon Sharnaaz Ahmad ketika menghasilkan video review makanan, Sup Jolo.

Menurut Chef Wan, adalah lebih baik Aliff mendapatkan individu yang pakar dalam bisnes makanan bagi mengelakkan daripada kerugian berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Hendak berniaga makanan perlu terima komen positif dan negatif. Itulah orang nak berniaga makanan kau pun nak juga jual makanan.

“Bukan tak boleh tetapi kena berhati-hati.

“Jika tak pandai masak, kena pergi belajar memasak betul-betul. Kalau tak mahu, sebagai usahawan dan jutawan yang pakai jam tangan berlian, lebih baik dia labur duit kepada orang yang pakar bab bisnes makanan untuk bantu bisnes dia.

“Citarasa kita tak sama dengan orang lain. Jadi, kalau buat cara yang tak betul serta syok sendiri, boleh rugi perniagaan kita dan duit tu lebih baik humbankan sahaja ke dalam longkang jadikan sampah sarap,” tulisnya di Instagram (IG).

Katanya lagi, biarpun Sup Jolo ini tidak seperti yang digambarkan namun akan ada peminat setia membeli produk keluaran jenama Aliff.

“Bertentangan dengan itu, ini juga boleh menjadi gimiknya untuk memberi kesedaran mengenai produk ini. Kutuk punya kutuk tiba-tiba ramai pulak orang nak mencubanya pula!

“Kaya raya si Aliff tu lagi. Tambah lagi satu jam di tangan itu! Siapalah kita untuk kritik. Scam atau tidak Sup Jolo ini, peminat Aliff Syukri akan tetap setia menyokong setiap produk keluaran jenamanya.

“Kepada Aliff dan Sharnaaz janganlah marah saya. Aliff pun, macam-macam hendak dibuatnya,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sharnaaz menerusi saluran Youtube telah mencuba dan merasa Sup Jolo Aliff namun bengang dengan rasa makanan tersebut.

Bagaimanapun, ia mula tular di TikTok dan kemudiannya berita ini mendapat perhatian Chef Wan, ini Sharnaaz yang turut dikenali dengan kelantangan dan keberaniannya dalam memberikan pendapat ada memetik nama Chef Wan.

Kata Sharnaaz, Chef Wan akan terkejut dengan harga RM16.90 yang dijual kerana langsung tidak berbaloi.

Menerusi cvideo tersebut, Sharnaaz menjelaskan bahawa makanan daripada usahawan itu tidak memberangsangkan. Ini di antara ulasannya.

“Dia nak rasa macam kari pun ada, rasa macam.. Pedas bodoh orang panggil, benda ni pedas bodoh, bebola daging lembu hancur, apa ni!

“Aku minta maaf, aku bukan nak hina makanan tapi RM16.50 hang jual macam ni. Kalau Chef Wan dengar RM16.50 dia buat macam ni….”

Dalam pada itu, Sharnaaz juga meminta agar Aliff Syukri memperbetulkan kualiti produk makanannya itu.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

The post [VIDEO] “Orang niaga makanan kau pun nak..” Chef Wan Tegur Aliff Syukri, Minta ‘Hire’ Pakar Untuk Bantu Perbaiki Resipi appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3viiw9s
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] “Orang niaga makanan kau pun nak..” Chef Wan Tegur Aliff Syukri, Minta ‘Hire’ Pakar Untuk Bantu Perbaiki Resipi"

Post a Comment