Seorang wanita selamat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta di satu sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching – Samarahan, malam tadi.
Wanita tersebut telah dibantu oleh dua polis wanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan yang sedang bertugas ketika itu.
Berasal dari Kampung Semera Ulu Asajaya, wanita berusia 26 tahun itu bersama suaminya berusia 28 tahun melalui SJR ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 11.50 malam.
Menurut Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, dia yang bertugas menjaga SJR bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki yang isterinya mahu bersalin.
“Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak.
“Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, selepas itu dia dibantu rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40, untuk menyelimutkan bayi berkenaan yang kesejukan menggunakan tuala.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, suami wanita itu yang berada dalam keadaan panik terus memandu ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan.
“Anggota kita mendapati wanita berkenaan sudah melahirkan anak dan membantu menyambut kelahiran bayi itu.
“Kebetulan seorang lagi anggota yang hendak melapor bertugas turut membantu menyelimutkan bayi menggunakan kain tuala yang dibawa,” katanya.
Bayi bersama ibunya kemudian dibawa dengan ambulans ke HUS untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!
View this post on Instagram
The post Suami Panik Bawa Isteri Lahirkan Anak Di Sekatan Jalan Raya appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/2ThFAYE
via IFTTT
0 Response to "Suami Panik Bawa Isteri Lahirkan Anak Di Sekatan Jalan Raya"
Post a Comment