Tak Mahu Jadi Munafik, Isma Yusoof Dedah Dirinya Seorang ‘Transgender’

Pengarah dan pelakon Isma Yusoof sebelum ini pernah membuat pendedahan mengejutkan memaklumkan dirinya menghidap penyakit mental yang dikenali bipolar disorder sejak 2009.

Malah, penyakit yang dialaminya itu juga menyebabkan perubahan emosi yang terlampau dalam dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💡⚡ 〰 ⛵ (@ishmaryarai)

Memetik laporan BH Online, Isma Yusoof mengambil kesempatan mengupas secara meluas isu kesihatan mental supaya netizen mempunyai kesedaran terhadap penyakit tersebut.

Malah, Isma juga berkongsikan pengalaman dan kesihatan mental mengenai penyakit bipolar disorder yang tiada ubat yang boleh mengubati penyakit itu.

Jelas Isma, dia nekad berhijrah ke Langkawi selama dua tahun kerana mahu lari dari kesibukan kota hingga.

“Sekiranya ubah cara hidup, tidak terjebak aktiviti yang boleh mendatangkan tekanan dan mengambil pemakanan sihat, insya-Allah penyakit bipolar disorder boleh dikawal, jadi produktif dan menjalani hidup seperti manusia normal.

“Disebabkan itu, saya memilih tinggal di Langkawi selama dua tahun kerana kehidupan di sini tidak memenatkan.

“Di Kuala Lumpur, saya melihat orang terlalu mengejar duit hingga hilang nilai kemanusiaan dalam kehidupan.

“Selain itu, saya semakin boleh menerima penyakit dihadapi dan dapat mengawal diri. Namun, mood saya tetap ada pasang surut, cuma saya lebih tahu bagaimana mengawal dan tidak keliru.”

Sebelum ini, Isma Yusoof pernah lantang mengakui dirinya transgender. Bagaimanapun, pengakuan berani mati itu telah mendapat kritikan netizen.

Tambahnya lagi, pengakuan tersebut bertujuan untuk memberitahu keluarga yang jauh mahupun dekat.

“Bukanlah mahu memalukan keluarga, tetapi mereka perlu menerima saya terlebih dahulu. Soal masyarakat terima atau sebaliknya, itu soal kedua kerana keluarga adalah sistem sokongan saya.

“Saya tak mampu berselindung lagi, saya perlu memberitahu keluarga supaya menerima saya seadanya.

“Alhamdulillah, mereka perlahan-lahan menerima dan memahami saya. Sekarang, saya memilih jujur dan berterus-terang.

“Ini kerana antara sebab saya ‘stress’ kerana terlalu banyak menyimpan perasaan. Saya juga tidak mahu menjadi munafik.”

Isma turut respon kepada kecaman netizen yang diterimanya susulan pengakuan mengenai transgender sebelum ini.

Bagi saya, netizen yang suka mengecam mungkin tidak gembira dalam hidup. Oleh itu, mereka menyalurkan kemarahan dan kebencian menerusi media sosial.

Saya melihat netizen yang mengecam di kalangan mereka yang kurang kasih sayang, jadi saya memilih membalas kecaman dengan kasih sayang.

The post Tak Mahu Jadi Munafik, Isma Yusoof Dedah Dirinya Seorang ‘Transgender’ appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3sHFqX2
via IFTTT
loading...

0 Response to "Tak Mahu Jadi Munafik, Isma Yusoof Dedah Dirinya Seorang ‘Transgender’"

Post a Comment