Setiap pasangan yang berumahtangga pastinya mengimpikan kehidupan bahagia bersama pasangan mereka sehingga ke akhir hayat.
Tiada sesiapa mahu berpisah dan melalui fasa penceraian yang memeritkan. Namun begitu sebagai manusia kita tidak mampu melawan takdir yang telah tertulis.
Setiap pasangan melalui perjalanan yang berbeza dan hanya mereka yang memahami situasi sebenar apa yang berlaku.
Ibu tunggal jangan bersedih
Setiap ujian yang datang pastinya mempunyai hikmah tersendiri. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini yang berjaya mencuri tumpuan ramai.
Kisah ini dikongsikan olehnya menerusi satu video di aplikasi TikTok. Betapa indah perjalanan dan aturan takdir hidupnya.
2015 kami berkahwin
Fara dan suami memilih untuk membawa haluan masing-masing
Seorang pengguna bernama Fara Azimie berkongsi mengenai perjalanan hidupnya. Wanita ini telah mendirikan rumahtangga selama 3 tahun bersama pasangannya.
Beliau kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Namun Fara dan suaminya memilih untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.
Setelah setahun tidak sebumbung, ternyata jodoh mereka kuat
Siapa sangka setelah hampir setahun membawa haluan masing-masing, ternyata jodoh mereka masih lagi kuat.
Tidak menyangka cintanya kembali berpaut pada orang yang sama mencuri hatinya suatu ketika dahulu, Fara akhirnya berkahwin dengan bekas suaminya semula.
Semua ini aturan terbaik daripada Allah
Menurut Fara, semua ini adalah aturan terbaik daripada Allah dan dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka.
Alhamdulillah, kembali bersama demi anak
Beliau bersyukur beliau dan suami membuat keputusan kembali bersama demi masa depan anak.
Video berkenaan raih lebih 250, 000 ribu tontonan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan kerana berjodoh kembali.
View this post on Instagram
Mereka juga turut menitipkan doa semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga.
Difahamkan, video berkenaan meraih lebih 250, 000 ribu tontonan dan 9 ribu tanda suka di aplikasi TikTok wanita berkenaan.
The post [VIDEO] “Tahun 2018 berpisah, 2019 berkahwin balik,” Wanita Ini Kongsi Bagaimana Kembali Bersama Bekas Suami appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/33okMRk
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] “Tahun 2018 berpisah, 2019 berkahwin balik,” Wanita Ini Kongsi Bagaimana Kembali Bersama Bekas Suami"
Post a Comment