Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing ditahan kerana membuang mayat bayi berhampiran sebuah masjid di Sungai Way, Petaling Jaya, Ahad malam.
Malah, sekeping nota juga ditinggalkan bersama mayat bayi perempuan tersebut dipercayai berusia empat bulan.
“Saya dibuang keluarga disebabkan anak ini. Saya tiada tempat tinggal yang sempurna dan tidak ada duit untuk membawa anak ini ke hospital.
“Tolong uruskan jenazah anak saya dan kebumikan dengan cara Islam dan elok-elok,”
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mayat bayi yang dibungkus dengan plastik itu ditemukan oleh imam masjid itu pada pukul 8.48 malam berhampiran tayar keretanya.
“Seorang lelaki berusia 32 tahun, yang merupakan imam masjid, menemui mayat bayi perempuan yang dibalut dengan plastik berhampiran tayar keretanya, yang diparkir di hadapan masjid.
“Sehelai nota turut diletakkan bersama mayat bayi itu, yang meminta bantuan masjid untuk menguruskan jenazah bayi berkenaan.
“Catatan itu menyatakan individu berkenaan tidak mempunyai tempat tinggal sempurna serta tidak tahu cara menguruskan jenazah, selain turut tidak mempunyai wang untuk membawa jenazah anaknya ke hospital,” kata Ku Mashariman.
Menurutnya, bayi itu dipercayai berusia sekurang-kurangnya empat bulan.
“Berdasarkan maklumat dan pemeriksaan CCTV masjid, sepasukan polis berjaya mengesan dan menangkap seorang lelaki berusia 25 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 26 tahun di sebuah hotel di Jalan SS3/39,”
“Ketika keterangan direkodkan, pasangan itu turut mengaku meninggalkan mayat bayi itu di hadapan masjid,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau turut memberitahu, kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 26 tahun itu kini ditahan reman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
The post “Saya dibuang keluarga disebabkan anak ini.” Pasangan Tinggal Jenazah Anak di Luar Masjid appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/3kTlsnO
via IFTTT
0 Response to "“Saya dibuang keluarga disebabkan anak ini.” Pasangan Tinggal Jenazah Anak di Luar Masjid"
Post a Comment