“Amalannya sangat luar biasa,” Pemergian yang dicemburui, Pelajar Malaysia Meninggal Sehari Selepas Tiba Di Mesir

Seorang pelajar Malaysia dilaporkan meninggal dunia sehari selepas tiba di Mesir kerana sesak nafas.

Difahamkan, arwah meluangkan masa selama enam bulan bersama keluarga di kampung halaman sebelum berangkat menyambung pengajian kelmarin.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ahmad Sobir berkongsi dengan lebih lanjut mengenai peribadi arwah.

Maka, tidak hairanlah mengapa pemergiannya dimuliakan di pagi Jumaat dan dikebumikan di sekitar maqam auliya’.

Terpanggil untuk menulis. Kematian kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap syurga.

Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur. Indah tak terkata. Terkejut ada, hingga kata-kata terakhir adalah macam tak percaya.

Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir. Dia disahkan meninggal dunia.

Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah ajalnya. Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.

Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia.

Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.

Tapi itulah janji Allah saat ajal sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangan jasad arwah dengan sangat baik.

Disemadikan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa arwah dikembumikan di sekitar maqam para auliyak. Masyaallah.

Amalan arwah sangat luar biasa

Apa yang dilihat, amalan arwah sangat luar biasa. Amalan sunatnya dia jaga rapi. Apatah lagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi.

Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkuarantin di Hotel Ibis KL. Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengan arwah.

Dia duduk ‘double seat’, saya seat single di tengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan.

1) Melazimi Ratib Al-Haddad.
2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan.
3) Tasbih sentiasa ditangan.

Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, arwah merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss.

4) Suka berdamping dengan al-Quran.
5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.

Pergi di pagi Jumaat

Maka tidak dinafikan pemergiannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke syurga. Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah.

Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, matinya di atas kebaikan yang dia suka lakukan.

Cukuplah kematian itu pengajaran kepada kita.

Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang.

Sesiapa yang menyukai sesuatu diakan dibangkitkan dengan kesukaannya.

Wajib(sunat muaakad) ke atas kamu berqiamullail. Sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.

Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan mati. Kita akan mati dimana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid di tengah-tengah tu kita akan mati.

Kalau ke tempat mengaji begitulah juga. Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar mati dibunuuh ketika solat.

Saidina Othman, mati ketika membaca Al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kematian yang mereka ukir.

Bukti kematiannya dicemburui ramai, meninggal di pagi Jumaat. Dikebumikan di sekitar maqam auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di kembumikan di situ. Meninggal semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak.

The post “Amalannya sangat luar biasa,” Pemergian yang dicemburui, Pelajar Malaysia Meninggal Sehari Selepas Tiba Di Mesir appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/37g0D11
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Amalannya sangat luar biasa,” Pemergian yang dicemburui, Pelajar Malaysia Meninggal Sehari Selepas Tiba Di Mesir"

Post a Comment