Setiap pasangan bercinta pastinya mengimpikan perhubungan yang dibina berakhir ke jinjang pelamin sebagai suami isteri.
Namun begitu, sehebat mana perancangan manusia tiada siapa mampu melawan takdir yang telah tertulis.
Niat di hati mahu halalkan kekasih namun kekasih diambil orang
Walaupun bertahun-tahun menyulam cinta namun jika pasangan tidak setia impian yang dibina pastinya musnah di tengah jalan.
Begitulah juga dengan kisah seorang lelaki yang berniat menghalalkan teman wanitanya namun akhirnya kebenaran terbongkar apabila teman wanitanya pergi bersama lelaki lain.
6 bulan keluar bekerja dilaut, balik teman wanita pilih lelaki lain
Difahamkan, selama 6 bulan lelaki ini berada di laut bekerja dan memasang niat membawa hubungan yang dibina ke peringkat yang lebih serius.
Bagaimanapun, beliau redho apabila pulang dari laut teman wanita yang disayangi memilih lelaki lain.
Hubungan 5 tahun putus ditengah jalan
Menerusi sebiah perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pemuda bernama Muhamad Hanafi ternyata ikhlas mencintai teman wanitanya.
Setelah 6 bulan bertahan di laut demi demi masa depan yang ingin dibina, hubungan mereka selama lima tahun terputus di tengah jalan.
Walaupun kecewa dengan apa yang berlaki, namun Hanafi tetap redha dan bersyukur kerana kebenaran terbongkar sebelum terlambat.
Masih mendoakan kebahagian buat teman wanitanya
Malah lelaki ini turut mendoakan agar teman wanitanya itu beroleh kebahagiaan yang dicari.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi mengenai kisah percintaannya yang putus di tengah jalan.
Video yang dikongsikan di Tiktok
5 tahun bercinta, 6 bulan di offshore, balik darat niat nak halalkan. “Sekali peminta sedekah rampas sisa aku!”
View this post on Instagram
Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki ini dan turut menitipkan doa semoga beliau bertemu dengan jodoh yang baik.
The post [VIDEO] Bercinta 5 Tahun, Baru 6 Bulan di Offshore Lelaki Ini Kecewa Niat Nak Halalkan Kekasih Namun Diambil Orang appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/2J3qSjp
via IFTTT
0 Response to "[VIDEO] Bercinta 5 Tahun, Baru 6 Bulan di Offshore Lelaki Ini Kecewa Niat Nak Halalkan Kekasih Namun Diambil Orang"
Post a Comment