[VIDEO] Sekian Lama Penantian, Pasangan Ini DIkurniakan Kembar 3 Hasil IVF

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu memiliki zuriat sendiri.

Namun begitu bukan semua dikurniakan rezeki semudah orang lain. Bahkan ada yang berusaha berbelas tahun masih tiada hasil.

Tetapi berita gembira buat pasangan ini yang telah dikurniakan tiga bayi kembar hasil rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) atau rawatan bayi tabung uji diusahakan mereka tahun lalu.

Dr Siti Nurul Aishah Jamaludin, 34, yang merupakan Pengurus Jabatan Pusat Kecemerlangan Hospital Pakar Regency dan pasangannya, Mohamad Iqbal Idris, 45, berkongsi keterujaan mereka menerusi laporan Berita Harian.

Lahir secara normal

Difahamkan, Aishah melahirkan kembar tiga lelaki secara normal dan dipercayai ianya merupakan yang pertama di Johor.

Kkini sudah berusia empat bulan, ketiga-tiga bayinya itu dilahirkan di Hospital Pakar Regency, Bandar Seri Alam, Johor, pada 6 Julai lalu.

Pernah gugur

Sebelum ini beliau sudah berusaha selama dua tahun untuk hamil secara semula jadi dan pernah mengalami keguguran.

Jadi, keadaan itu membuatkan beliau tidak mahu menunggu terlalu lama lagi untuk hamil kerana sedar tahap kesuburan wanita akan semakin merosot mulai usia 35 tahun.

Mereka mendapatkan rawatan kesuburan dengan Perunding Obstetrik dan Ginekologi hospital itu, Dr Thokha Muhammad.

Hamil kembar dua

Menurut Nurul Aishah, pada awalnya beliau dimaklumkan hamil kembar dua pada bulan Januari.

“Segala-galanya berjalan dengan baik dan pada Januari lalu, saya dimaklumkan hamil kembar dua sekali gus menandakan ada perkembangan positif daripada rawatan dibuat.

“Namun, selepas imbasan kehamilan kedua, kami diberitahu yang saya sebenarnya hamil kembar tiga.

“Keadaan juga agak sukar kerana ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kami berjauhan daripada keluarga. Dengan keadaan sarat mengandungkan tiga bayi, saya sukar bergerak dan perut agak besar.

Terpaksa berkerusi roda

Nurul Aishah memberitahu dirinya terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda kerana berat badan yang bertambah.

“Saya terpaksa duduk di atas kerusi roda berbanding berdiri,” katanya yang mengalami pertambahan berat badan daripada 63 kilogram (kg) kepada 93kg sepanjang kehamilannya.

Tiga bayi mereka itu yang dinamakan Thoreeq Idris, Mateen Idris dan Hakeem Idris Mohamad Iqbal dengan berat 1.9kg, 2.2kg dan 2.6kg dilahirkan pada usia kandungan 37 minggu.

Kos habis RM40 ribu

Pasangan ini telah mmbelanjakan sekitar RM40,000 untuk rawatan ini

“Kami membelanjakan kurang RM40,000 untuk tujuan ini. Ia sangat berharga kerana kami dianugerahkan tiga cahaya mata yang begitu menenangkan jiwa, pelengkap kebahagiaan dan Insya-Allah mendidik kami sebagai ibu bapa terbaik untuk mereka.

“Syukur ia tidak terlalu susah biarpun kembar tiga dan membuatkan kami tidak cukup tangan menguruskan mereka serentak. Setakat ini kami melakukannya berdua tanpa menggajikan pembantu,” katanya.

Menurut Nurul Aishah lagi, Beliau yakin Malaysia mampu menjadi pusat rawatan kesuburan dan kardiologi berikutan kualiti perkhidmatan kesihatan yang terdapat di negara ini.

Video dari Instagram @tripsletjdt

The post [VIDEO] Sekian Lama Penantian, Pasangan Ini DIkurniakan Kembar 3 Hasil IVF appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3nVSW6Y
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] Sekian Lama Penantian, Pasangan Ini DIkurniakan Kembar 3 Hasil IVF"

Post a Comment