[VIDEO] Baru First Date Jumpa Bakal Jodoh, Gadis Ini Sedih Ditinggal Seorang Diri di Kedai

Aplikasi mencari jodoh secara online menerusi media sosial semakin popular di kalangan masyarakat kita.

Bermula dengan bualan kosong, biasanya perkenalan ini akan berterusan dengan pertemuan untuk lebih serius ke fasa seterusnya.

Namun begitu, tidak semua kenalan yang kita kenal menerusi online boleh dipercayai dan mempunyai tujuan yang baik.

Ditinggalkan keseorangan dengan alasan nak pegi cuci kereta

Seperti kisah seorang gadis yang meminta pendapat orang ramai mengenai masalah yang dihadapi olehnya ketika keluar berjumpa kenalan yang ditemui di media sosial.

Menerusi perkongsian video di laman Tik Tok, gadis berkenaan sedang keluar dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya.

Walaubagaimanapun, beliau ditinggalkan di kedai kerana lelaki tersebut dikatakan mempunyai urusan yang perlu diselesaikan.

Telefon tak diangkat dan WhatApp tak balas

Menerusi video tersebut beliau turut  menceritakan dia ditinggalkan kerana lelaki tersebut dikatakan mahu pergi mencuci kereta.

Namun, setelah 30 minit ditinggalkan keseorangan lelaki tersebut masih belum muncul untuk menjemput gadis berkenaan.

Tolong aku bagi jawapan

Beliau telah cuba untuk menghubungi lelaki itu akan tetapi panggilannya tidak dijawab dan WhatApp tidak dibalas.

Runsing dengan situasi yang dihadapi, gadis berkenaan meminta pendapat orang ramai adakah dia perlu pulang sendiri atau masih menunggu lelaki tersebut.

Kalau dia tinggal aku, aku nk balik naik grab

Setelah menunggu hampir setengah jam ditinggalkan, gadis itu mula sedar berkemungkinan dia telah ditinggalkan.

Merasakan dirinya telah ditipu dan sia-sia menunggu lelaki yang baru dikenalinya itu, wanita tersebut memutuskan untuk pulang sahaja.

Bernasib baik ada kawan datang untuk jemputnya pulang

Namun, dek kerana tidak mempunyai wang ditangan yang tidak mencukupi, gadis tersebut bingung dengan keputusan yang perlu dilakukan.

Bagaimanapun, beliau bernasib baik apabila salah seorang kawannya datang menjemputnya di situ.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi terhadap situasi yang dilalui gadis berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media KL (@mediakl.my)

Mereka turut berpesan supaya lebih berhati-hati selepas ini dan jangan keluar berseorangan jika tidak mengenali individu tersebut.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati terutama bagi kaum wanita diluar sana.

The post [VIDEO] Baru First Date Jumpa Bakal Jodoh, Gadis Ini Sedih Ditinggal Seorang Diri di Kedai appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/3fqxunp
via IFTTT
loading...

0 Response to "[VIDEO] Baru First Date Jumpa Bakal Jodoh, Gadis Ini Sedih Ditinggal Seorang Diri di Kedai"

Post a Comment